Wong Tack telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan. Menurut polis, Pemuda MCA telah membuat laporan polis mengenai insiden kad identiti Lau Hoi Keong lantaran terdapatnya individu yang menjerit nama “Liow Tiong Lai” ketika tercetusnya insiden tersebut.
Berdasarkan polis, Wong Tack telah disiasat di bawah Akta AntiBerita Tidak Benar 2018. Adakah disebabkan Wong Tack merupakan pihak lawan Presiden MCA, Liow Tiong Lai dan mengakibatkannya disiasat di bawah Akta tersebut yang baru diluluskan sebulan yang lalu?
Penyokong Wong Tack turut bertanyakan sama ada Wong Tack perlu mengaturkan pilihan raya kecil meskipun belum memenangi PRU kali ini ?
Sebelum ini, Wong Tack telah menyatakan pandangannya terhadap insiden kad identiti Lau Hoi Keong. Malangnya beliau tetap kena menghabiskan masanya di balai polis dalam kempen PRU ini walaupun sibuk berkempen.
Bukan sahaja harus menghabiskan masa dalam isu sedemikian, malah pasukan Wong Tack turut perlu memberikan penjelasan berkenaan dengan berita palsu dalam Whatsapp serta menyangkal taktik pemburukan oleh sepanduk pihak lawan.
Dalam sidang media hari ini, Wong Tack yang baru melancarkan 10 Teras Utama Pakatan Harapan Bentong telah mencabar kelima-lima calon BN kawasan Bentong untuk berdebat tentang dasar dan perancangan negara yang penting. Namun sekiranya terdapatnya pihak yang sengaja menghebahkan perkara remeh sedemikian dan menyebabkan rakyat kehilangan fokus dalam isu dasar negara, hal ini menunjukkan bahawa sebenaranya BN adalah ketiadaan keyakinan dalam aspek pentadbiran negara.
Apabila Pakatan Harapan Bentong berusaha untuk menghapuskan tol Lebuhraya Karak, Liow Tiong Lai pula bersetuju dengan pembentangan Akta AntiBerita Tidak Benar serta persempadanan semula yang tidak adil. Kes Wong Tack yang disiasat di bawah Akta tersebut telah membuktikan bahawa Akta sebegini adalah bertujuan untuk melenyapkan suara bantahan rakyat dan maka tentangan rakyat terhadap undang-undang ini adalah wajar dan dijustifikasikan.
Bersama dengan rakan seperjuangan gerakan hijau, Wong Tack telah keluar masuk mahkamah berbilang kali lantaran kes anti-Lynas dan beliau tidak pernahnya berundur. Oleh itu, kes penyiasatan kini tentunya tidak akan melemahkan semangat beliau.
Makin menghampiri hari pengundian, maka BN semakinlah gentar dan pelbagai taktik helah tentu akan digunakan. Oleh itu, Wong Tack menyeru rakyat tidak tunduk kepada kuasa jahat dan Pakatan Harapan akan berjuang bersama dengan rakyat dalam lima hari terakhir ini untuk menubuhkan kerajaan Pakatan baru.
Source