[BM-中文] Ketika #Bentong masih lagi berdepan dengan cabaran pasca banjir, tiba-ti…

[BM-中文]
Ketika #Bentong masih lagi berdepan dengan cabaran pasca banjir, tiba-tiba kami dikejutkan pula dengan satu lagi berita buruk apabila sebuah kediaman seorang warga emas di FELDA Kampung Sertik terbakar, semalam. Walaupun masih sibuk membantu mangsa banjir, kami bergegas ke lokasi kebakaran setelah mendapat maklumat daripada penduduk yang prihatin.

Saya sangat sedih melihat keadaan rumah berkenaan yang hangus terbakar hampir 100 peratus, apatah lagi pemilik rumah Puan Fatimah Dollah yang berusia 72 tahun, juga pernah diserang angin ahmar menyebabkan sebahagian anggotanya tidak berapa kuat. Mujurlah pada malam kejadian, beliau sempat menyelamatkan diri. Hati saya sangat tersentuh melihat beliau mengalirkan air mata ketika saya berbual dengannya.

Saya difahamkan oleh Pengurus FELDA Kampung Sertik, Encik Faisal, pihak FELDA akan membantu Puan Fatimah membina kembali kediaman berkenaan. Walaupun akan mengambil sedikit masa, namun saya berharap proses ini dapat dipercepatkan.

Selain memberi sumbangan barangan keperluan, saya sempat menyerahkan bantuan tunai sebanyak RM1,000 untuk kegunaan kecemasan. Saya juga berjanji membantu Puan Fatimah dari segi perabot dan perkakas elektrik apabila rumah beliau sudah siap dibina nanti.

正值 #文冬 面临灾后重建挑战之际,昨日甘榜士迪垦殖民区(FELDA Kampung Sertik)传来令人震惊的坏消息:当地一名独居老妇的住宅发生火灾。获悉有关消息后,我们暂时放下赈灾工作,迅速赶往现场。

眼看老妇的房子几乎全部烧毁,我感到心痛,就甭提屋主有多伤心了。屋主是72岁的Puan Fatimah Dollah,她曾中风,故行动不太灵活,所幸事发当晚,她成功自救,逃离火场。当我慰问她时,老人家伤心流泪,我的心也非常难过。

该垦殖民区的经理Faisal 先生告知,该局将帮助 Puan Fatimah 重建家园,不过这需要一些时间,但我希望这个过程可提速完成。

除了捐赠一些生活物资之外,我也给予 RM 1,000 援助以供应急。我也承诺当Puan Fatimah的新房子落成时, 帮助她添置家具和电器。





Source