[中文-BM] 我在上周五接到一通电话,要求我们协助安排“全球针灸紧急救援传统与辅助医学学会(GARS)”团队到文冬,为居民提供诊治服务。 尽管时间短促,然而…

[中文-BM]
我在上周五接到一通电话,要求我们协助安排“全球针灸紧急救援传统与辅助医学学会(GARS)”团队到文冬,为居民提供诊治服务。

尽管时间短促,然而我一定得尽快安排妥当。这是因为自大水灾发生以来,文冬居民经历了三个星期的密集清洗劳动,承受着身躯的疲惫以及失去财物甚至家园的精神创伤之后,这是人们的合理且迫切的需求。

于是我的团队赶紧行动起来。首先,我们得物色一个足够大的场地,以确保所有人都遵守防疫标准作业程序。感谢玻璃口新村委会应允我们使用当地篮球场,并感谢民主行动党的Sam Lo同志协调此事。

行动党玻璃口支部主席邱汉山同志亲自开车去加叻,载了三张按摩床回来;而文冬的团队也动员布置场地,摆放好桌椅和电风扇等。

几个小时工夫下来,一切准备就绪。

第二天,居民陆续登门求医,现场座无虚席。于是我决定一整天都留在该处,和他们说说话,询问他们的状况,并鼓励大家继续前进。期间,吉打里区州议员YB Rara也到场慰问。

万分感谢GARS的承诺和付出,也感谢中医师给我施针,治疗酸痛的肩膀(在旁的大山脚区国会议员沈志强同志,似乎看得不亦乐乎😏)。

本来,GARS安排在这里提供两天义诊,但当我告诉他们加叻也受大水灾影响严重时,他们毅然决定,下一站到加叻留驻一天,给当地民众进行义诊。

最后,我要感谢我的好同志,大山脚区国会议员YB沈志强帮忙协调以促成此事。虽然他刚出院没多久,但是在获悉我们需要帮忙的时候,他二话不说伸出援手。他还为我们的团队带来了几瓶著名的槟城豆蔻汁。谢谢兄弟!

眼看着这么多愿意献身服务的人,我想马来西亚真是一个美丽且有福气的国度。让我们继续尽己所能,共建关怀社会。无论什么情况,我们都必须坚守我们的国家,决不言弃!

Petang Jumaat lalu saya menerima panggilan yang meminta bantuan kami untuk mengatur program Persatuan Perubatan Tradisional dan Komplementari Penyelamat Akupunktur Global (GARS) ke Bentong.

Walaupun notis agak singkat, saya sememangnya perlu mengaturnya dengan apa cara sekali pun. Setelah mengharungi tempoh tiga minggu dalam menjalankan pembersihan, badan semestinya sakit selain berdepan trauma kerana kehilangan segala-galanya, ini pastinya menjadi sesuatu yang sangat diperlukan orang ramai.

Pasukan saya segera bertindak. Pertama sekali kami perlu memastikan lokasinya cukup besar untuk memastikan semua SOP dapat dipatuhi. Terima kasih kepada Jawatankuasa Kampung Baharu Perting kerana membenarkan kami menggunakan gelanggang bola keranjang dan rakan seperjuangan DAP kami, Sam Lo, untuk menyelaras.

Pengerusi DAP Cawangan Perting Kiu Hoon Chang kemudian secara peribadi memandu ke Karak untuk mengambil tiga katil khas urut. Dalam pada itu, pasukan di Bentong mula menyediakan tempat dengan kerusi, meja dan kipas.

Dalam beberapa jam sahaja, semuanya siap.

Pada hari berikutnya, ternyata sambutan amat memberangsangkan. Saya mengambil keputusan untuk meluangkan masa sehari suntuk di sana dengan orang ramai, dengan memberi mereka kata-kata semangat untuk meneruskan kehidupan. YB Rara juga sempat singgah.

Jutaan terima kasih kepada GARS atas komitmen dan pengorbanan mereka. Terima kasih juga kerana merawat bahu saya yang sakit (nampaknya Bukit Mertajam seronok melihat Bentong kena cucuk 😏).

Kumpulan ini pada asalnya merancang untuk berada di sini selama dua hari sahaja tetapi selepas saya memberitahu mereka bahawa bandar Bentong bukan satu-satunya kawasan yang terjejas tetapi Karak juga termasuk, mereka segera memutuskan untuk melanjutkan sehari lagi di Karak.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan baik saya yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Saudara Steven Sim Chee Keong, kerana telah menyelaraskan usaha ini. Walaupun beliau baru sahaja keluar dari hospital, namun masih menghubungi kami di Bentong pada masa kami memerlukan. Beliau juga membawa beberapa botol jus buah pala Pulau Pinang yang terkenal untuk pasukan kami. Thanks bro!

Malaysia adalah sebuah negara yang indah diberkati dengan begitu ramai orang yang sanggup menghulurkan khidmat. Marilah kita semua terus melakukan apa yang kita mampu dan bersama-sama membina masyarakat penyayang. Kita tidak boleh berputus asa dengan negara ini walau dalam apa jua keadaan.





Source