[中文-BM]
自大水灾 发生以来,#文冬 人民领受了来自全国各地的援助与关爱,这其中包括了许多善心人士的无私奉献。我的办公室协助搭建了四个社区赈灾厨房,平均每天开灶为受灾民众准备3000包食物,其中以干料食材和罐装食品为主,很少新鲜鱼肉。
今天,我们收到“大港温馨e务队”和“创鲜峰”慷慨捐赠的冷冻鱼,感谢两个热心团体为明天的赈灾食物添加营养。
我们也把赠鱼送去给一些受灾家庭。
Sejak banjir melanda, segenap rakyat Malaysia dari seluruh negara menunjukkan rasa kasih dan sayang kepada #Bentong. Ramai yang menyumbang dari pelbagai segi. Keempat-empat dapur komuniti untuk mangsa banjir yang ditubuhkan dengan bantuan pejabat saya, menyediakan lebih kurang 3000 pek makanan siap masak setiap hari. Namun, bahan yang digunakan kebanyakannya adalah makanan kering dan dalam tin. Sumbangan ikan beku yang diterima hari ini pastinya membuatkan hidangan esok lebih berkhasiat. Kami turut mengedar ikan beku ini kepada keluarga mangsa #banjir.
Terima kasih Persatuan Kebajikan Belia Sungai Besar dan Front Fresh Seafood Product atas kemurahan hati anda.