Masa banjir mereka bertungkus lumus membantu yang terkesan.
Masa perayaan mereka tampil semula dan bekerja keras menyatukan komuniti. Kali ini jadi tuan rumah untuk sambutan raya.
Suasana begitu hangat, seronok dan gembira.
Ada juadah enak. Ada cabutan bertuah. Ada busking. Ada motor dan basikal jadi deco. Macam-macam gelagat.
Jutaan terima kasih kepada komuniti Taman Mempaga Utama, penduduk FELDA Mempaga 3 dan Fardu Kifayah atas kerjasama dengan pejabat saya menganjurkan sambutan raya Peringkat Dun Ketari.
Juga sekalung penghargaan kepada semua yang sudi hadir!