Saya menyaksikan sendiri betapa kecewa dan marahnya mereka.
Genap tiga bulan lalu, rumah mereka dilanda banjir terbesar dalam sejarah.
Ramai yang baru saja memulakan kehidupan baru dengan membaik pulih rumah mereka. Ada yang melakukan pengubahsuaian, ada yang baru membeli perabot dan barangan elektrik baru.
Semua ini sekali lagi musnah semasa banjir kali kedua ini.
Rumah mereka kembali diliputi lumpur tebal.
Mereka bertanya sama ada kerajaan sudah tidak peduli terhadap mereka.
Mereka turut bertanya berapa kali lagi mereka perlu mengalami penderitaan seperti ini sebelum kerajaan mengambil tindakan.
Mereka mahu kerajaan mengambil tindakan pemulihan dengan kadar segera.