[中文-BM]
文冬国会议员办公室协助Bukit Piatu的受灾户搭建一所社区厨房。
洪水导致Bukit Piatu沦为灾区,导致房屋被毁,泥泞满布。再加上供水中断,导致许多居民已两、三天没吃过一顿饭,仅靠饼干充饥,可谓食不果腹,闻者心酸。
几天来,我的志工团队给当地送去熟食,但却杯水车薪,远远不够。
前日,我们与居民交流,建议搭建一所社区厨房以解燃眉之急,并就此达成共识,即:我们将负责提供厨房用具、食材以及饮用水,而居民则只需物色该厨房的地点及负责做饭。居民们在灾难面前,仍展现绝不放弃的精神,委实令我感动。
当晚,居民就把该地清洗好,以便厨房可在翌日开始运作,给更多灾民提供食物。
BANTU MANGSA BANJIR BUKIT PIATU SET-UP DAPUR KOMUNITI
Dahlah rumah rosak dilumuri lumpur, ramai penduduk Bukit Piatu tidak makan nasi untuk 2-3 hari. Kebanyakan masa makan biskut saja. Kesian sungguh. Puncanya dapur rosak/berselut dan masalah bekalan air. Bermula 11 malam baru ada air, sampai pukul 7-8 pagi keesokan hari. Juga sebab penat kerana menjalankan kerja-kerja pembersihan.
Untuk beberapa hari, sukarelawan pejabat saya ada hantar pek makanan panas, tapi masih tidak cukup.
Kelmarin, wakil dari pejabat saya telah berbincang dengan penduduk dan mencadangkan satu dapur komuniti ditubub. Pejabat saya akan usahakan bantuan peralatan dapur, bekalan makanan dan air minuman yang diperlukan. Penduduk cuma perlu cari tempat dan janji akan gotong-royong masak. Terus mereka setuju. Saya sangat kagum melihat semangat mereka, tidak rebah walaupun menghadapi dugaan yang begitu besar.
Pada malam sama, tempat untuk dapur terus dibersihkan. Dapur serta merta beroperasi keesokan harinya. #kitajagakita #banjirbentong #P089parlimenbentong #bukitpiatu #bentong