All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SD…

All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG) 国会跨党派组织-可持续发展目标委员会,2021年10月28日在国会大厦针对2020年的研究报告举办了一场研讨会。我也是该委员会的其中一员。

我被邀请分享一项在文冬双溪都亚原住民村落的集体有机种植项目。这是我一直努力推行的其中一个项目。

我分享的内容主要注重于我们采用APPGM-SDG全面的概念,主要是鼓吹社区的参与来进行每一个项目,这让我们看到该原住民村拥有更大的发展潜能。 起初,我们的目的只是开办一个有机种植园。 但最终我们看到了整个村庄拥有非常大的潜力成为可持续发展的村庄,因为它拥有非常丰富的天然资源。
——————
Pada 28 Oktober 2021 telah berlangsung sesi perkongsian berkenaan dapatan kajian tahun 2020 Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia – Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG), yang mana saya merupakan seorang ahli, kepada ahli-ahli parlimen, bertempat di Parlimen Malaysia.

Saya dijemput berkongsi mengenai pemantauan saya berkenaan projek penanaman organik di Kampung Orang Asli Sungai Dua, #Bentong, sebuah projek yang saya telah berusaha untuk diketengahkan.

Perkara utama yang saya kongsikan ialah bagaimana pengamalan konsep dari ‘bawah ke atas’ (bottom-up approach) oleh APPGM-SDG yang menekankan penglibatan masyarakat setempat dalam pelaksanaan sebarang projek, telah membuka mata kami kepada potensi tersirat yang lebih besar untuk perkampungan Orang Asli tersebut. Pada awalnya hasrat kami cuma untuk memulakan sebuah kebun penanaman organik. Tapi akhirnya kami melihat potensi untuk seluruh kampung dibangunkan sebagai perkampungan mampan disebabkan kekayaan khazanah alam semulajadi yang dimiliki.
——
A session to share with Member of Parliaments the year 2020 research findings of the All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG), of which I am a member, was held in the Parliament building on 28 October, 2021.

I was invited to share my views with regards to the group’s organic farming project in the Sungai Dua Orang Asli village, #Bentong, a project which I have pushed hard for.

I highlighted how the bottom-up approach adopted by the APPGM-SDG, which emphasizes community participation in the implementation of projects, have enabled us to see the bigger potential of the said village. We initially just wanted to start a sustainable farm. But in the end, we saw the potential to turn the entire village into a sustainable village due to the rich natural resources that it possess


Source