BENCANA RIBUT DI FELDA SUNGAI KEMAHAL Saya mendapat panggilan daripada Saudara …

BENCANA RIBUT DI FELDA SUNGAI KEMAHAL

Saya mendapat panggilan daripada Saudara Nizam, rakan Pakatan Harapan DUN Pelangai memaklumkan kejadian ribut yang memusnahkan kediaman penduduk di FELDA Sungai Kemahal.

Sebanyak 68 buah rumah terjejas dan enam buah daripadanya mengalami kerosakan yang teruk sehingga ada bumbung diterbangkan seratus peratus.

Saya dibawa turut diiringi Saudara Zamri serta pengurus dan kakitangan FELDA Sungai Kemahal untuk melawat rumah yang terjejas teruk. Saya turut menyampaikan sumbangan wang tunai yang jumlahnya bergantung kepada tahap kerosakan, selain bekalan pek makanan.

Saya berharap mereka yang berdepan dengan bencana ini dapat bersabar atas dugaan ini, apatah lagi kejadian berlaku ketika pandemik masih lagi menghantui negara ini.

Terima kasih kepada semua yang memberikan kerjasama termasuk pasukan sukarelawan saya walaupun terpaksa bekerja sehingga waktu malam.





Source