KUANTAN: Bengkel Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya (DART)


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjalankan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan memberi kesan yang amat besar terhadap keputusan PRU14.

Selama ini, rakyat jarang melibatkan diri dalam proses persempadanan walaupun Perlembagaan Persekutuan memberi peluang kepada pengundi untuk berbuat demikian. Tanpa perhatian rakyat, SPR menggariskan sempadan yang tidak masuk akal dan memihak kepada parti pemerintah melalui “gerrymandering” dan “malapportionment”. Akibatnya, PRU13 dimenangi oleh BN walaupun ia hanya mendapat 47% undi popular berbanding dengan Pakatan Rakyat yang meraih 51%.

Nak hentikan penipuan sebegini? Dan pastikan persempadanan adil supaya nilai undi semua hampir serata seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan?

Sertai bengkel DART – yakni, Delineation Action & Research Team, atau Pasukan Tindakan & Kajian Persempadanan!

Projek DART ialah kempen terkini BERSIH 2.0 bersama NGO ENGAGE yang berpusat di JB, dan kebanyakkannya dijayakan oleh tenaga sukarelawan daripada ENGAGE.

Bengkel kerja DART telah diadakan di Johor Bahru, Petaling Jaya, Melaka, Sg Petani, George Town, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Taiping serta Kuching, Miri dan Bintulu di Sarawak, dan Penampang, Tawau dan Sandakan di Sabah.

Jadi JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN untuk menghadiri bengkel ini dan belajar bagaimana menentukan persempadanan yang adil!

KITA MENGUNDI; KITA TENTUKAN SEMPADAN!

======================

The Election Commission (EC) is about to conduct a redelineation exercise that will greatly impact the outcome of GE14.

All this while, the people have rarely gotten involved in this process although the Federal Constitution provides for this. Without the people’s vigilance, EC has drawn electoral boundaries that do not make sense and favour the ruling party via gerrymandering and malapportionment. As a result GE13 was won by BN although it only received 47% of the popular vote compared with Pakatan Rakyat’s 51%.

Do you want to stop such cheating? And ensure that the redelineation is fair so that the value of all votes is approximately equal as stipulated in the Constitution?

Come to the Delineation Action & Research Team (DART) workshop, our latest campaign with the JB-based NGO ENGAGE to ensure a level playing field in the elections. It is largely run by volunteers from ENGAGE.

DART has conducted workshops at Johor Bahru, Petaling Jaya, Malacca, Sg Petani, George Town, Ipoh, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Taiping, as well as Kuching, Miri and Bintulu in Sarawak, and Penampang, Tawau and Sandakan in Sabah.

So don’t miss this opportunity to attend the workshop and learn how to determine a fair delineation!

WE VOTE; WE DETERMINE OUR BOUNDARIES!

7 people went


Source