Setelah menyempurnakan kerja Ibadah wajib dalam
Ramadhan tadi, sempatlah saya mengulangi baca
karya klasik Wu Ching-Tzu berjudul “Scholar”–Ilmuwan.
Antara yang disorot ialah kisah Wang Mien, watak yang
esentrik, tapi penuh semangat belajar.
Wang Mien hidup di penghujung era Dinasti Yuan
dalam keadaan yang sangat sederhana–sambil menjaga
kerbau jiran sambil menikmati keindahan alam: bukit
yang berkabus, tasik yang ungu, biru beriak hijau.
Wang Mien teringat pesan tok-nenek: Menikmati
keindahan alam, manusia boleh terdakap
ke dalamnya. Begitulah yang dirasakan Wang Mien
pada detik-detik tertentu.
Ingin diwariskannya pengalaman itu, lalu, dengan kebolehan
terbatas, dilukiskannya pemandangan yang mengharukan
itu.
Wang Mien juga rupa-rupanya mempunyai bakat semulajadi
yang lain. Dalam usia belasan–walaupun diperhati esentrik–
dia juga sebenarnya menguasai bidang astronomi, geografi,
karya moyang dan sejarah.
Sejak era Dinasti Yuan, Negara China sudah pun mempunyai seniman
dan ilmuan luarbiasanya.
Patutlah kita disarankan agar mencari ilmu hingga ke negeri China!
Apa lagi kita mahu?
Source