Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

ADUAN KE SUHAKAM: PENDEDAHAN KEGANASAN POLIS SEMASA HIMPUNAN HIJAU 622

Pada 22 Jun 2014, semasa protes “Himpunan Hijau 622” di Gebeng, Kuantan untuk membantah kilang Lynas, pihak polis telah bertindak ganas terhadap para peserta perhimpunan semasa membuat tangkapan.

Maka, penduduk tempatan bersama mangsa-mangsa keganasan polis berserta pemimpin-pemimpin Himpunan Hijau, ADUN kawasan Semambu dan pengarah Suaram akan hadir ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) esok untuk membuat aduan dan mendedahkan keganasan polis.

Berikut adalah butir-butir mengenai program tersebut:

Tarikh: 1 Julai 2014 (Selasa)
Masa: 3 petang
Tempat: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), 13th Floor, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur

Kami amat berharap pihak media akan hadir dan membuat liputan mengenai keganasan dan salahguna kuasa polis terhadap rakyat biasa.


Source