Photos from Young Syefura Othman’s post29/6/18 Jumaat…


Photos from Young Syefura Othman’s post








29/6/18 Jumaat

Pagi ini saya bersama Ahli Parlimen Bentong, YB Wong Tack menghadiri sesi penerangan dan perbincangan mengenai projek rentas talian TNB di laluan Bentong daripada pihak TNB, Pejabat Daerah dan Jabatan Perhutanan. Projek ini telah mendapat tentangan daripada penduduk Janda Baik kerana ia dikatakan bakal merosakkan hutan dara di kawasan Janda Baik. Hasil daripada pertemuan ini, semua pihak bersetuju untuk mengadakan satu perjumpaan ‘town hall’ bagi memberikan penerangan yang lebih jelas kepada penduduk kampung dan pembentangan laporan penilaian impak alam sekitar (EIA).

Disamping itu saya akan cuba untuk berjumpa dengan EXCO Pahang dan Menteri Besar bagi menyelesaikan isu ini. Isu ini harus diselesaikan dengan segera kerana ia melibatkan orang kampung dan alam sekitar.

Source