*PAKATAN HARAPAN MENYOKONG DATUK SERI AN…

*PAKATAN HARAPAN MENYOKONG DATUK SERI ANWAR IBRAHIM SEBAGAI PM KE-8*

Ahad, 23 Februari

Tun Dr Mahathir Mohamad menolak untuk bersama Mohamed Azmin Ali dan Bersatu untuk membentuk sebuah kerajaan baharu yang disertai UMNO dan Pas.

Isnin, 24 Februari

Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebagai tanda protes.

PH berterima kasih dengan Dr Mahathir kerana teguh dengan prinsip untuk menolak daripada bekerjasama dengan mereka yang korup dari UMNO.

PH menyatakan sokongan kepada beliau untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri untuk Kerajaan PH.

Selasa, 25 Februari

Namun begitu, susulan sokongan daripada semua parti politik agar Dr Mahathir terus menjadi perdana menteri, beliau berhasrat menubuhkan satu 'kerajaan gabungan individu'.

Ini bermakna, hanya Dr Mahathir yang akan berhak menentukan siapa yang menentukan siapa yang menjadi anggota Kabinet. PH dan parti politik lain tidak akan dirunding dalam proses ini.

Lebih-lebih lagi, kemungkinan besar senarai Kabinet yang dicadangkan oleh Tun Mahathir akan mempunyai nama-nama individu yang mencetuskan krisis yang dihadapi kini dan juga ahli-ahli Parlimen UMNO dan PAS.

Kerajaan berkenaan akan menjadi 'Kerajaan Mahathir' dan bukannya Kerajaan PH sekali gus janji-janji manifesto tidak dipenuhi.

Dr Mahathir sebenarnya telah dijemput menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PH untuk berbincang mengenai isu tersebut namun ditolak Dr Mahathir.

Sehubungan itu, kepimpinan PH pada mesyuarat tersebut telah memutuskan untuk mempertahankan mandat rakyat yang diamanahkan kepada Kerajaan PH dalam terus memenuhi manifestonya dengan mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri

Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri Ke-8 Malaysia, untuk menghormati mandat yang telah diamanahkan dalam PRU ke14 dan untuk memastikan kestabilan yang berterusan untuk negara.



Source