<<English readers please scroll do…

<<English readers please scroll down>>
PKP sememangnya waktu terbaik untuk kerja-kerja mengemas. Terjumpa foto ini. yang telah dirakamkan lebih kurang 30 tahun lalu di belakang rumah lama saya, sebuah rumah ladang berusia seabad di Kanada. Pohon yang kelihatan seperti pokok bonsai di sebelah kiri itu adalah sebatang pokok epal yang telah tua.

Saya juga telah membeli sebidang tanah seluas satu hektar di sebelah kawasan rumah saya itu. Bukan kerana saya inginkan halaman yang luas, tetapi untuk memastikan tiada pembangunan pesat meresap ke dalam kawasan tersebut. Kanada, ketika itu sedang mengalami kepesatan pembangunan. Jumlah pelaburan asing yang besar telah mula mengalir masuk ke negara tersebut sejak kira-kira dua dekad sebelum pemulangan Hong Kong kepada negara China pada 1997. Natijahnya, kebanyakan unsur tradisional pekan dan bandar di Kanada mula terjejas. Dan Halifax, bandar yang saya tinggal juga tidak terkecuali.

Saya mengambil keputusan untuk terus membaikpulih tanah berkenaan dengan menanam pokok jenis tempatan seperti Birch, Pine, Spruce, Maple, Oak dan sebagainya. Hasilnya, terciptalah sebuah hutan kecil di bandar berkenaan yang bersambung terus dengan tasik berhampiran. Saya berpeluang singgah di rumah lama saya empat tahun yang lalu. Tanpa gangguan manusia, dan musim berputar bersilih ganti, hutan kecil itu berupaya menjadi 'rumah' kepada haiwan liar yang kecil. Rakan saya yang kini tinggal di sana memberitahu dia selalu melihat unggas hidup riang di situ, termasuk burung hantu. Ada kalanya beberapa ekor rusa juga datang menyinggah.

Kita sepatutnya menjalankan tugas kita untuk memelihara bumi ini. Kita mesti memastikan alam sekitar dapat meneruskan tugas dan fungsinya untuk kesejahteraan bersama.

Seperti yang Mahatma Ghandi pernah suarakan, "Bumi mampu menyediakan yang secukupnya untuk memenuhi keperluan manusia, tetapi bukan ketamakan manusia.”

Janganlah kita ambil kesemuanya.

Sempena Hari Bumi kali ini, marilah berikrar untuk sama-sama berganding bahu memulihkan bumi yang tercinta ini.

———
MCO is a good time for spring cleaning. Found this photo which was taken about 30 years ago at the backyard of my house, a century-old farmhouse in Canada. The bonsai-like tree on the left was an old apple tree.

I have also bought another hectare of vacant land next to my house. Not because I wanted a bigger garden, but primarily because I wanted to prevent massive developments from creeping into the neighbourhood. Canada, at that time was undergoing rapid developments. Huge amounts of foreign investments were pouring in due to the imminent return of Hong Kong to China in 1997. As a result, the traditional fabrics of many townships and cities in Canada were under threat. And Halifax, the city where I lived, was not spared.

I went ahead to restore that little piece of land, planting it with a variety of native species like birch, pine, spruce, maple, oak etc. The end result was the creation of a beautiful tiny little urban forest which connects straight to the lake. I dropped by my former house when I returned to Canada four years ago. With no human interference, after many winter storms and summer suns, the little forest has continued to thrive and became a haven for small animals. My good friend who now lives in that house told me that he often see birds, including owls. Even the deers came visiting sometimes.

Everyone should do their part in giving earth a chance. We must ensure nature can continue to carry out their functions for the survival of humanity.

As Gandhi said, “Earth provides enough to satisfy every man's needs, but not every man's greed.”

Don’t take it all.

On this Earth Day, let us all vow to heal Earth 🌍 together.


Source