Beberapa minggu lalu, saya telah melawat seorang kanak-kanak yang menghidap sakit jantung.
Saya sangat hiba melihat keadaan kediaman keluarganya, apatah lagi bapa saudara kepada kanak-kanak itu adalah seorang OKU.
Adalah harapan saya untuk melihat keluarga ini dapat hidup dengan lebih selesa. Justeru, pejabat saya telah memanjangkan hasrat ini kepada kumpulan ‘contact’ kami. Dengan serta-merta JC Team dan beberapa NGO lain telah respon dan bersetuju untuk menghulurkan bantuan.
Susulan itu, pada Ahad lalu, program gotong-royong dianjurkan komuniti tempatan untuk membersihkan, membaiki dan menceriakan rumah keluarga ini.
Kami telah mengecat semula dinding rumah, menggantikan peralatan rumah yang sudah rosak, termasuk lampu, katil, tilam, kerusi, meja makan dan tikar getah, selain menambah rak buku dan meja belajar untuk anak-anak.
Kita seharusnya lebih peka dalam memastikan kehidupan rakyat lebih baik. Senyuman yang terpancar pada wajah mereka sungguh berharga apabila melihat rumah mereka yang ‘baru’.
Syabas kepada JC Team, Skuad Prihatin, De Ai, dan pasukan sukarelawan daripada DAP.
Adalah hasrat saya bagi menjadikan Bentong sebagai daerah yang penuh pengharapan dan kasih sayang.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Bentong
Public Bank 321-059-3002
#binaharapan
#gotongroyong
#kasihsayang
#parlimenbentong
#wongtack
Source