[BM-Eng] Beberapa hari lepas, saya telah melawat seorang adik yang mengidap saki…

[BM-Eng]
Beberapa hari lepas, saya telah melawat seorang adik yang mengidap sakit jantung bersama pemimpin komuniti tempatan, Saudara Mahairon dan Aeri.

Apa yang dilihat amat menghibakan.

Bentong adalah salah satu kawasan parlimen yang paling bertuah. Ia dikurniakan Tuhan dengan khazanah alam semula jadi yang begitu banyak. Bentong juga merupakan sebuah kawasan Menteri untuk lebih daripada empat puluh tahun.

Dengan kekayaan sumber, peluang dan kekuatan politik, bukankah sepatutnya Bentong kini cukup maju seperti Switzerland, yang mana penduduknya memiliki taraf dan kualiti hidup yang tinggi?

Malangnya, masih ramai yang hidup dalam keadaan begitu daif sekali.

Marilah kita bersama-sama menghulurkan tangan untuk membantu satu sama lain.

———-
A few days ago I visited a young boy with a heart problem with local community leaders, Mahairon and Aeri.

It was a heartbreaking scene.

Bentong is one of the most fortunate parliamentary constituencies in the country. It is blessed with an abundance of natural resources. It has also been a Minister’s constituency for over four decades.

With this sort of resources, opportunities and political power base, shouldn’t Bentong had long been developed into a state like Switzerland, with its people having the best standard of living and quality of life?

Instead there are many who still live in extreme poverty

Let us all come together and extend our hands to care for others.

#bentong




Source