Suaminya terlantar di atas katil sejak tiga tahun lepas akibat kemalangan. Sejak…

Suaminya terlantar di atas katil sejak tiga tahun lepas akibat kemalangan. Sejak itu, makcik ini bertindak sebagai pencari nafkah utama keluarga. Bangun pukul 4 pagi setiap hari bagi menyediakan makanan untuk jualan di gerai.

Namun sejak #Covid19 melanda, perniagaannya semakin merosot sehingga terpaksa ditutup. Keadaan kesihatan suami pula bertambah buruk dan memerlukan penjagaan sepenuh masa. Bantuan yang diterima daripada Jabatan Kebajikan cuma RM350 sebulan.

Inilah kisah makcik ini yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan ketika menceritakan keperitan hidupnya kepada pegawai saya di pejabat pada minggu lalu.

Saya boleh merasakan perasaannya apabila seseorang itu menghadapi kebuntuan hidup. Teringat semasa kecil dulu, saya pernah jatuh sakit. Emak memeluk saya sambil menangis – duit tak ada.

Pegawai saya memaklumkan keadaan makcik ini sebaik saja saya masuk pejabat petang itu. Saya terus bergegas ke rumahnya. Payah juga nak cari rumahnya tetapi akhirnya dapat juga jumpa selepas bertanya dengan orang kampung.

Saya membawa bekalan makanan dan memberi sedikit sumbangan kewangan. Harap dapat membantu keluarga ini menempuh masa sukar buat sementara waktu.

Inilah realiti sebenar yang kerap dilihat di lapangan.

Kerajaan perlu menimbang semula peruntukan bantuan kebajikan masyarakat. Jumlah RM350 sebulan pada zaman ini sememangnya tidak mencukupi, terutamanya untuk golongan yang menghadapi cabaran hidup sebegini.

#bentong
#parlimenbentong



Source