Kami telah menerima sumbangan 5 ribu paket bihun dan 20 ribu ketul mi wantan seg…


Kami telah menerima sumbangan 5 ribu paket bihun dan 20 ribu ketul mi wantan segar.

Agihan sebahagian barangan ini semalam bukanlah satu tugas mudah. Ia tidak akan menjadi kenyataan jika tanpa bantuan orang ramai. Saya benar-benar tersentuh menyaksikan semangat kental mereka yang bergotong-royong semalam. Di kebanyakan kampung yang kami kunjungi, penyokong tempatan datang dengan motosikal mereka, dengan sekelip mata barangan sumbangan itu berjaya dihantar rumah ke rumah. Sungguh pantas dan efisien sehingga tidak sempat kami merakamkan gambar kenangan aktiviti berkenaan!

Terima kasih atas usaha anda. Kuasa rakyat memang tidak dapat dihentikan!

Kepada semua penyumbang, terima kasih atas sokongan tanpa henti anda!

#ParlimenBentong



Source