TAHUN BARU CINA 2020 DIRAIH BERSAMA, Pimpinan Masyarakat Dibawah Parlimen Benton…

TAHUN BARU CINA 2020 DIRAIH BERSAMA,
Pimpinan Masyarakat Dibawah Parlimen Bentong Hadir Meraihkan Penerima Faedah PERKESO.

21.01.2020, BENTONG- Sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, PERKESO Bentong pada hari ini telah mengambil kesempatan mengadakan Majlis Penyerahan Cek (mock cheque) Faedah Dan Alatan Pemulihan kepada pencarum yang telah ditimpa bencana.

Antara faedah yang berjaya diserahkan pada hari ini adalah seperti Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Pencen Ilat, Faedah Pencen Penakat, Faedah Pengurusan Jenazah dan juga peralatan pemulihan yang melibatkan 9 orang penerima dan wakil. Jumlah keseluruhan bayaran faedah yang telah dibuat pada hari ini berjumlah lebih kurang RM21 ribu.

Majlis pada hari ini juga telah berjaya melibatkan penyertaan 3 orang YB serentak yang terdiri daripada Ahli Parlimen Bentong, YB Wong Tack, ADUN Ketari, YB Young Syefura Othman dan juga ADUN Bulut, YB Lee Chin Chen. Walaupun dalam masa yang singkat, mereka tetap meluangkan masa buat masyarakat. Jalinan kerjasama para pimpinan masyarakat ini dengan PERKESO Bentong telah lama terjalin dan pastinya akan berterusan.

Terima kasih diucapkan kepada Pengarah PERKESO Negeri Pahang, Tn. Haji Tarmizi Mukhtar yang telah bergegas hadir untuk bersama-sama memeriahkan majlis di Bentong sebaik sahaja selesai program di Kuantan yang bermula pada sebelah pagi tadi.

Tahniah dan terima kasih buat Pengurus PERKESO Bentong, Ahmad Shazwan Bohari dan Ahli Jawatan Kuasa program yang telah bertungkus lumus bagi menyiapkan dan memastikan program berjalan dengan sangat lancar. Sumbangan anda kepada organisasi amatlah dihargai.

#perkesobentong
#perkesoprihatin
#programpenyerahancekfaedahsempenatahunbarucina2020
#parlimenbentong
#adunketari
#adubbilut







Source