BENTONG, 3 SEPTEMBER 2019 – Hari ini Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji M…

BENTONG, 3 SEPTEMBER 2019 – Hari ini Timbalan Menteri Kerja Raya, YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir hadir mengadakan lawatan kerja ke Projek Central Spine Road (CSR) Pakej 5 iaitu laluan dari Raub ke Bentong, Pahang Darul Makmur.

Lawatan pada hari ini memfokuskan status kemajuan projek Pakej 5C1,iaitu jajaran daripada Kg. Asap ke Kg. Sertik dan Bentong Bypass. Skop projek bagi jajaran ini melibatkan pembinaan jalan baharu empat lorong dua hala dengan piawaian JKR R5 sepanjang 28.5km.

Bentong Bypass merupakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT08 sedia ada yang dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dan mengurangkan kesesakan lalu lintas seterusnya menjimatkan masa perjalanan terutamanya sewaktu musim perayaan. Projek ini juga akan menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi di sepanjang Koridor Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Secara keseluruhan, Projek CSR dibahagikan kepada enam (6) pakej utama iaitu :-

Pakej 1 : Kuala Krai Ke Jambatan Sg.Lakit, Kelantan (47km)

Pakej 2 : Jambatan Sg.Lakit Ke Gua Musang, Kelantan (59km)

Pakej 3 : Gua Musang Ke Kg.Relong, Kuala Lipis, Pahang (93.8km)

Pakej 4 : Kg.Relong, Kuala Lipis Ke Raub, Pahang (50km)

Pakej 5 : Raub Ke Bentong, Pahang (54km)

Pakej 6 : Bentong Ke Simpang Pelangai, Pahang (47.5km)

Hadir sama ke lawatan ini ialah YB Tuan Wong Tack, Ahli Parlimen Bentong bersama YB Tuan Lee Chin Chen, Ahli Dewan Undangan Negeri Bilut dan YB Puan Young Syefura Binti Othman, Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari.

©️ KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA | Foto oleh Faizall Sahbudin.







Source