21 JULAI (AHAD) | PENCEROBOHAN TANAH HARAM DI BUKIT TINGGI Pada Ahad yang lepas…

21 JULAI (AHAD) | PENCEROBOHAN TANAH HARAM DI BUKIT TINGGI

Pada Ahad yang lepas, setelah menerima aduan daripada petani-petani, saya telah bergegas ke kawasan Bukit Tinggi.

Saya kecewa melihat kerosakan yang telah berlaku. Tanaman-tanaman hasil titik peluh serta paip pengairan kaum petani telah dimusnahkan. Sebahagian besar kawasan-kawasan tebing sungai juga telah dirosakkan dengan teruk.

Papan tanda projek yang sepatutnya dipaparkan juga tidak kelihatan. Saya terus menghubungi orang yang bertanggubjawab melakukan pencerobohan tanah ini dan telah memberi amaran keras kepadanya untuk menghentikan kerja-kerja yang menyalahi undang-undang ini dengan segera.

Saya telah menemui pegawai Pejabat Tanah dan telah sahkan bahawa ia adalah projek haram. Saya berharap Pejabat Tanah akan mengambil tindakan keras terhadap mereka ini.

Telah lama saya bertegas bahawa ekonomi Bentong bergantung kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam semulajadi kita. Masyarakat Bentong mesti bersatu untuk menolak kemusnahan kepada alam sekitar demi kesejahteraan semua.

#Bentong
#parlimenbentong
#ketari







Source