MISI #BANJIRPAHANG- MARAN DAN SRI JAYA
Pejabat saya bersama-sama NGO Team 4×4, JC Team dan Persatuan Kebajikan De Ai telah meluaskan misi bantuan banjir ke Maran dan Sri Jaya, semalam. Pemimpin tempatan serta sukarelawan daripada DAP Sri Jaya dan Maran turut membantu menjayakan misi ini.
Disebabkan satu seksyen Lebuhraya Pantai Timur ditutup akibat dinaiki air, kami terpaksa menggunakan jalan alternatif yang memakan masa empat hingga lima kali lebih panjang.
Team Bentong (empat buah kenderaan 4×4) telah bergerak dari Bentong pada jam 6 pagi, dan tiba di Sri Jaya pada jam 12 tengahari.
Manakala, pasukan pertama dari KL, yang terdiri daripada sebuah lori 5 tan dan tiga buah kenderaan 4×4, telah bertolak dari KL jam 10 malam pada hari sebelumnya dan tiba di Sri Jaya pada jam 6 pagi.
Pasukan kedua yang terdiri daripada 6 buah kenderaan 4×4 pula bertolak dari KL jam 7 pagi dan tiba di Sri Jaya pada jam 3 petang.
Walaupun hujan tidak berhenti seharian, kami berjaya mengagihkan bantuan makanan kepada 150 keluarga di Maran serta 100 keluarga di Sri Jaya.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua sukarelawan yang terlibat, terutama kepada 17 anggota Team 4×4 atas bantuan yang diberikan dan JC Team atas sumbangan barangan seperti :
-450 pek ayam segar
-270 pek ikan segar
-300 beg beras
– 250 pek mi segera
-1000 pek biskut
– 100 dulang telur
– 200 kotak air mineral
– 300 tin sardin
– 100 pek bihun
-100 pek tuala wanita
-100 pek plastik bag sampah
Photo credit : Dr Phua & JC team
水灾赈灾任务-马兰和斯里再也
昨天,我的办事处连同非盈利组织Team 4×4,JC团队和德爱福利团体一起到马兰和斯里再也赈灾。感谢马兰和斯里再也DAP领袖同志, 地方领袖和全体义工通力合作确保捐赠物资安全送达灾民。
由于洪水淹没了东海岸公路的一部分,我们不得不使用另一条耗时比平时长四倍到五倍的道路。
文冬团队(四辆4×4车辆)于早上6点离开文冬,并于中午12点抵达斯里再也。
同时,来自吉隆坡的第一支队伍,由一辆5吨的货车和三辆4×4组成,于前一天晚上10点离开吉隆坡,并于早上6点抵达斯里再也。
由6辆4×4组成的第二支队伍于早上7点离开吉隆坡,并于下午3点抵达。
尽管雨不停地下,但我们成功派送物资给马兰的150个家庭和斯里再也的100个家庭。
我要感谢所有参与的志愿者,特别是Team 4×4的17名成员提供的帮助,以及JC团队捐赠的物品,例如:
-450袋鸡肉
-270袋鱼
-300包白米
-250包快熟面
-1000包饼干
-100托鸡蛋
-200箱矿泉水
-300罐的沙丁鱼
-100包米粉
-100包卫生棉
-100包垃圾袋