Gambar-gambar ini diambil di Batu 33. Terletak di antara Ringlet dan Tanah Rata. PSM Cameron dijemput kerana 5 keluarga di sana bimbang rumah mereka akan runtuh akibat hakisan sungai yang semakin sudah dekat dengan rumah mereka. Mereka telah tinggal di sana di antara 30 ke 40 tahun tetapi tidak diberikan hakmilik. Salah satu rumah, apabila dibuka pintu tingkap dapurnya, kelihatan sungai terus di bawah tingkap. PSM Cameron akan membawa isu 5 keluarga ini ke perhatian Pejabat2 Kerajaan. Rumah kelima-lima mereka dinaiki air setinggi 30cm semalam. Kehidupan seperti telur di hujung tanduk…