Cubaan kali kedua kami untuk mencapai target 1 juta tandatangan untuk petisyen ‘Kuburkan Lynas dengan 1,000,000 tandatangan’ pada Hari Merdeka tidak berjaya. Oleh itu, kita mesti berusaha lebih kuat dan jalankan kempen ini dengan lebih giat lagi. Kita pasti akan berjaya menghimpun 1 juta tandatangan dalam masa 100 hari!
Demi merealisasikan aspirasi ini, pengerusi kami, Wong Tack sanggup bermalam tujuh hari berturut-turut di Dataran Merdeka. Bermula dari 24 Ogos hingga hari ini, 31 Ogos, beliau telah melakukan segala dan sedaya yang mampu. Adakah kami sanggup melihatnya terus berkorban sedemikian? Adakah ini perjuangan beliau seorang?
Ahli-ahli Jawatankuasa Pemandu Himpunan Hijau amat risau tentang kesihatan beliau. Untuk memudahkan rakyat menandatangani petisyen ini, pada hari ini kami telah membuat keputusan untuk mengiklankan borang petisyen ini di sebuah akhbar cina. Tetapi akhbar tersebut telah menolak iklan kami. Alasan yang diberi cuma ‘arahan dari atas’. Atas itu siapa? Kementerian?
Sudah jelas opresi ke atas rakyat sudah bermula. Jikalau rakyat tidak bersatu dan bertindak, 1 juta tandatangan sukar dicapai.
Oleh itu,kita mesti bersatu, untuk memastikan kejayaan kempen ini. Perjuangan ini mesti berjaya.
Kami cuma minta anda tinggalkan tandatangan anda untuk generasi masa depan anda.
Diharap semua rakan-rakan seperjuangan boleh bantu kami SEBAR di Facebook. Suruh kawan-kawan muat-turun borang di http://www.himpunan-hijau.com. Lepas sain, sila hantar borang tersebut kepada kami melalui : 1) scan dan emel ke 1msignatures@gmail.com 2) Fax ke 09-5600495 / 07-5584496 / 03-51923423 3) courier ke : Mdm Chong 35, Jalan 2/152, Taman Perindustrian OUG, Batu 6, Jalan Puchong, 58200 Kuala Lumpur. Tel : 016-961 0303