Namanya Winson. Berumur 47 tahun. Malam ke-3 di Dataran Merdeka.
Seorang akauntan bertauliah yang berjaya. Cuma mempunyai seorang cahaya mata yang terpaksa ditinggalkan di Kuantan demi perjuangan. Bolehkah anda bayangkan betapa pedih hatinya merindui anak tersayang. Mengapakah dia sanggup berkorban sedemikian?
Jawapannya hanya satu. Demi mengumpul 1 juta tandatangan untuk menutup kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Winson tidak mahu tragedi radioaktif 30 tahun yang lalu di Bukit Merah berulang.