[BM-English]
Saya telah menghadiri “Program Menyantuni Anak Yatim Sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas 50 Tahun PERKESO” di Rumah Anak Yatim Darul Musthopha, Janda Baik, semalam.
Pejabat saya menyediakan beg hadiah mengandungi snek, permainan dan barangan penjagaan diri untuk anak-anak serta barangan makanan untuk pusat berkenaan. Kami juga menyampaikan kepada setiap anak di sana sebiji bantal dan selimut. Keriangan mereka sambil memeluk bantal membuatkan saya sangat terharu.
Saya amat berbesar hati kerana diberi peluang oleh PERKESO untuk turut sama menjayakan program ini.
_________
Yesterday, I attended the “Program Menyantuni Anak Yatim Sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas 50 Tahun PERKESO” at Rumah Anak Yatim Darul Musthopha, Janda Baik.
My office has prepared gift bags consisting of snacks, toys and personal care products for the children and some food items for the center. We also gave each child a pillow and blanket. The joy on their faces as they hugged their pillows made my day.
I am glad to be given the opportunity by PERKESO to be a part of this program.
华文 👉 https://www.facebook.com/122457974452808/posts/4287749321256965/?d=n