Saya berbesar hati kerana berpeluang meluangkan masa bersama-sama dengan Pengara…

Saya berbesar hati kerana berpeluang meluangkan masa bersama-sama dengan Pengarah Hospital Bentong dan kakitangan unit kecemasan pada waktu berbuka puasa semalam.

Sudah lebih setahun petugas barisan hadapan kita bertarung memerangi Covid19. Kadar kes yang semakin membimbangkan pastinya akan menambah kepada beban mereka.

Saya dimaklumkan bahawa keadaan akan menjadi tidak terkawal jika keadaan sekarang berterusan.

Oleh itu, kita mesti berusaha sedaya upaya untuk memutuskan rantaian Covid19. Laksanakan PKP kendiri dan patuhi segala SOP yang telah ditetapkan. Perjuangan memerangi Covid adalah tanggungjawab semua.





Source