Edaran barangan makanan daripada peruntukan yang diterima telah bermula hari ini.
Lori diparkir di Gugusan FELDA Mempaga. Pemimpin tempatan termasuk dari Chemomoi, FELDA Kampung Sertik, FELDA Lurah Bilut dan lain-lain hadir mengambil bantuan bagi pihak komuniti mereka.
Sukarelawan, tua dan muda termasuk dari Mempaga, Karak dan bandar Bentong turut melibatkan diri bagi memastikan agihan dijalankan secara efisien dan selamat.
Ramai yang datang seawal pagi sehingga tidak sempat bersarapan. Hanya mee goreng saja dapat kami sediakan. Teh pun tak ada.
Mereka yang menghulurkan bantuan bukan sekadar menyumbangkan masa dan tenaga, malah menggunakan lori, 4×4 dan kereta masing-masing.
Matlamat mereka hanyalah untuk memastikan orang kampung mereka dijaga baik semasa pandemik ini.
Saya berasa bangga dengan anda semua!
Kita terus berganding bahu bagi memastikan tiada siapa akan kelaparan.
Bersamalah kita membina Bentong yang cakna.