Mengapa kehidupan di kampung masih sama perit seperti zaman mak ayah saya di Sri Telemong dulu?
Petang tadi bersama Sdra Wong Tack 黄德 menziarahi warga emas, ibu tunggal, dan Orang Kelainan Upaya di Felda Mempaga 1 & 2, Bentong.
黄德部落格 Wong Tack Blog
Menziarahi seorang rakan di Felda tempoh hari.
Kata beliau pada saya ,”Saya mimpi awak akan menang. Tapi mesti ingat ya. Lepas menang nanti, jangan takut2 dan jangan goyang kaki di Parlimen.”
Saya jawab, “Jangan bimbang. Saya pasti ingat nasihat Pakcik.”
Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Bentong, Wong Tack di Bentong pada 22.03.2018
Pakatan Harapan Bentong mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menahan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman pada awal pagi hari ini.
Menurut isteri Mazlan, beliau telah ditahan di rumah pada pukul 01.35 pagi dan telah dibawa ke balai polis Kulai. Pihak polis telah memaklumkan isterinya bahawa Mazlan adalah ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Adalah dipercayai bahawa penahanan Mazlan adalah disebabkan laporan polis oleh peguam isteri Perdana Menteri mengenai ucapan saudara Mazlan yang melibatkan peranan isteri Perdana Menteri dalam beberapa projek yang dirancang serta dilaksanakan oleh FELDA.
Lumrahnya FELDA merupakan kubu UMNO BN dan sukar ditembusi oleh pembangkang mana-mana pun. Namun sejak penubuhan Pakatan Harapan yang merangkumi penyertaan BERSATU yang dipimpin Tun Dr Mahathir, pimpinan pembangkang bukan sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan FELDA, malah telah berjaya mewujudkan gelombang tsunami FELDA. Kehadiran melebihi ribu-ribuan orang di Felda Gunung Besout di Tanjung Malim pada minggu lepas jelas menunjukkan bahawa warga FELDA telah bangkit menolak rejim UMNO BN.
Adakah rejim UMNO BN yang diketuai oleh Najib Razak begitu gentar dengan sokongan warga FELDA terhadap Pakatan Harapan sehingga menyalahgunakan pihak polis untuk membisukan Pengerusi ANAK yang lantang bersuara demi semua warga FELDA?
Pimpinan Pakatan Harapan Bentong menyatakan solidariti terhadap saudara Mazlan Aliman yang ditahan tanpa sebarang sebab yang munasabah dan menyeru pihak polis untuk berhenti menzalimi pemimpin Pakatan Harapan serta membebaskan saudara Mazlan dengan serta-merta.
Cubaan tutup mulut Mazlan Aliman dikecam
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman ditahan polis sekitar jam 1.30 pagi tadi, dan dibawa ke Kulai untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Hutan ialah talian hayat kita.
Adakah negara kita perlu bergantung kepada industri pembalakan? Adakah keuntungan yang diperolehi lebih daripada kosnya, terutamanya kos sosial dan alam sekitar?
Masa telah tiba untuk kita fikir-fikirkan.
Satu kajian komprehensif perlu dijalankan untuk merangka satu pelan yang boleh menerajui negara kita ke arah pembangunan ekonomi mampan yang pesat berfokuskan bukan saja kepada keuntungan semata-mata, tetapi juga pada rakyat dan bumi kita.
Marilah bersama-sama berusaha untuk melindungi dan memulihkan hutan kita.
Selamat Hari Hutan Sedunia!
———————————————————-
Forests is our lifeline.
Can our country survives without the logging industry? Does the profits outweigh the costs, especially social and environmental costs?
Time to do some serious re-thinking.
A comprehensive study should be carried out to formulate a plan to steer our country towards a robust and thriving sustainable economy that focuses not only on PROFITS, but also on the PEOPLE and PLANET.
Let’s put great effort to conserve and heal our forests.
Happy International Day of Forests!
– Wong Tack 黄德
21 March 2018
义无反顾的领袖
勇者无惧,无私奉献
胜利一定伴随着您!
Outstanding statesmanship.
Selfless and courageous.
Victory will be with you!
Tan Sri, thank you for your support and confidence. It will be an all out effort to take Bentong!
Kepada warga Bentong sekalian,
Pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi. Untuk memastikan setiap kertas undi dapat dikira secara adil dan telus, kami amat memerlukan bantuan anda semua untuk menyelia setiap kertas undi demi masa depan anda.
Seluruh Parlimen Bentong adalah amat luas dan terdapatnya melebihi 100 saluran mengundi. Oleh itu, kami memerlukan sekurang-kurangnya 400 wakil PACA (Polling Agent & Counting Agent) untuk bertugas pada hari pengundian.
Pilihan raya kali ini adalah pertembungan antara RAKYAT dengan Najib dan merupakan peluang terbaik untuk menukarkan kerajaan. Ayuh menyumbang sebagai wakil PACA bagi Parlimen Bentong demi menyelamatkan Malaysia daripada pemerintahan zalim UMNO BN selama 60 tahun.
Daftar sekarang untuk menjadi wakil PACA
📱Whatsapp: Suat Meay 013-3611012, Poon 012-2126293
📮FB PM: m.me/wongtack
Pengerusi Pakatan Harapan Bentong
Wong Tack
GE14 is here.
The current regime steals from the rakyat, and I don’t mean only money.
Don’t let them steal the election too.
Please guard your votes.
Together, let’s form the best Polling & Counting Agent (PACA) team ever for Parliament Bentong!
Call or Whatsapp
Suat Meay 013-3611012
Poon 012-2126293
FB PM: m.me/wongtack