30 – 31 Mac 2019 | Sabah…

30 – 31 Mac 2019 | Sabah

With Clare Rewcastle Brown in Sabah. I told her of our dreams and plans for #Bentong. She showed great enthusiasm and expressed her eagerness to visit Bentong one of these days and see how she can help.





[vid_url]

Source

6 Mac 2019 | Sri Telemong, Bentong…


6 Mac 2019 | Sri Telemong, Bentong

Mengingati dan memberi penghormatan kepada rakan seperjuangan dan sahabat baik ku, Siva di rumahnya di Sri Telemong pada hari ulangtahun pertama peninggalan mendiang.

We miss you dearly.



[vid_url]

Source

6 Mac 2019 | Karak, Bentong…

6 Mac 2019 | Karak, Bentong

Memenuhi jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SMK Karak Setia.

Saya telah dimaklumkan bahawa sekolah ini adalah sebuah sekolah yang cemerlang dalam bidang sukan. Oleh itu, saya telah memberikan sumbangan khas untuk sukan sebanyak RM1000 sebagai tambahan kepada sumbangan RM3000 yang telah diberikan kepada PIBG sekolah. Di harap sumbangan yang kecil ini dapat memberi dorongan untuk mengecapi kejayaan yang lebih cemerlang di masa akan datang.





[vid_url]

Source

19 Februari 2019 | Bentong…

19 Februari 2019 | Bentong

Hari yang sibuk.

Pada waktu pagi telah berjumpa dengan En. Lim yang ingin menubuhkan sebuah Pusat Pertanian di Bentong dengan harapan untuk melatih anak-anak muda yang berminat dalam bidang pertanian.

Selepas itu berjumpa dengan Cik Khoo, seorang anak muda Bentong yang kini bekerja di Selangor. Seperti saya, beliau juga adalah seorang pencinta alam sekitar. Beliau telah lama mengkaji kaedah penanaman semula hutan Miyawaki. Saya harap dapat membantunya untuk mendapatkan sebidang tanah kecil/ kawasan sesuai di Bentong untuk mencuba kaedah tersebut.

Pada sebelah petang, saya telah membawa Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Tengku Zulpuri ke tapak sebuah lombong dan kuari. Lombong tersebut telah beroperasi selama lebih kurang 20 tahun. Manakala lesen operasi kuari tersebut telah diluluskan oleh kerajaan negeri kira-kira 2 tahun yang lepas.

Kemusnahan yang terpapar di depan mata amat menyedihkan. Sungai yang dulunya jernih kini dimendapi lumpur. Pelanggaran undang-undang adalah banyak dan sungguh nyata sekali. Mana agensi2 penguatkuasaan??

Selepas lawatan ke lombong, saya telah ke Pejabat Perhutanan Bentong pula untuk melaporkan kegiatan pembalakan haram di kawasan berhampiran lombong tersebut.

Pada sebelah malam pula, telah menghadiri dua majlis komuniti di Sri Telemong dan Karak sempena Chap Goh Mei.









[vid_url]

Source

29 Januari 2019 | Bentong, Pahang….

29 Januari 2019 | Bentong, Pahang.

Terima kasih kepada SK Sulaiman kerana jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG serta Galeri Sejarah sekolah. Saya, bagi pihak rakyat Malaysia telah menyumbangkan sejumlah RM10 ribu daripada peruntukan Parlimen Bentong kepada pihak sekolah – RM2000 untuk program PIBG, RM3000 untuk Galeri Sejarah dan RM5000 untuk Pusat Sumber.

Sebagai seorang wakil rakyat yang memperjuangkan kemampanan dan kelestarian alam sekitar, saya berharap pihak sekolah akan juga menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk tanggungjawab dan cinta kepada alam sekitar di masa hadapan.






[vid_url]

Source