1 Februari 2019 | Kuantan, Pahang….

1 Februari 2019 | Kuantan, Pahang.

Mengiringi Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching semasa lawatan kerja beliau ke Kuantan. Kami telah membuat lawatan ke beberapa buah sekolah serta mengadakan satu sesi dialog bersama guru besar dari SJKC Pahang Timur untuk mendengar dan berbincang jalan penyelesaian untuk isu-isu yang dihadapi.





[vid_url]

Source

18 Januari 2019 | Bukit Tinggi, Bentong…

18 Januari 2019 | Bukit Tinggi, Bentong

Bersama YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas dalam Sesi Dialog dengan penanam-penanam halia.

Hasil daripada sesi ini, pihak Jabatan Pertanian Bentong telah berjanji untuk membuat lawatan pada minggu hadapan untuk mengkaji masalah yang dihadapi dalam penanaman halia dan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Pejabat saya akan terus bekerjasama dengan pihak kementerian terutamanya Jabatan Pertanian Bentong untuk membantu golongan petani di Bentong.





[vid_url]

Source

10 Januari 2019…

10 Januari 2019

Kanak-kanak adalah masa depan negara. Maka, adalah amat penting kita memberikan dorongan serta bantuan yang sepenuhnya untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya, bermula daripada pendidikan awal. Permulaan yang baik akan memastikan halatuju kehidupan mereka ke arah yang cerah di masa depan.

Kelmarin, pejabat saya telah menghulurkan sumbangan kepada Tabika-tabika Perpaduan di dalam kawasan Bilut, Parlimen Bentong. Turut hadir untuk memberi sokongan ialah YB Lee Chin Chen, ADUN Bilut.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru Tabika kerana sanggup menyumbangkan masa dan kesabaran untuk mendidik anak-anak kita di peringkat pendidikan yang penting ini.

#Bentong
#wongtack












[vid_url]

Source