10 Januari 2019…

10 Januari 2019

Kanak-kanak adalah masa depan negara. Maka, adalah amat penting kita memberikan dorongan serta bantuan yang sepenuhnya untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya, bermula daripada pendidikan awal. Permulaan yang baik akan memastikan halatuju kehidupan mereka ke arah yang cerah di masa depan.

Kelmarin, pejabat saya telah menghulurkan sumbangan kepada Tabika-tabika Perpaduan di dalam kawasan Bilut, Parlimen Bentong. Turut hadir untuk memberi sokongan ialah YB Lee Chin Chen, ADUN Bilut.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru Tabika kerana sanggup menyumbangkan masa dan kesabaran untuk mendidik anak-anak kita di peringkat pendidikan yang penting ini.

#Bentong
#wongtack












[vid_url]

Source