29 Januari 2019 | Bentong, Pahang….

29 Januari 2019 | Bentong, Pahang.

Terima kasih kepada SK Sulaiman kerana jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG serta Galeri Sejarah sekolah. Saya, bagi pihak rakyat Malaysia telah menyumbangkan sejumlah RM10 ribu daripada peruntukan Parlimen Bentong kepada pihak sekolah – RM2000 untuk program PIBG, RM3000 untuk Galeri Sejarah dan RM5000 untuk Pusat Sumber.

Sebagai seorang wakil rakyat yang memperjuangkan kemampanan dan kelestarian alam sekitar, saya berharap pihak sekolah akan juga menganjurkan aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk tanggungjawab dan cinta kepada alam sekitar di masa hadapan.






[vid_url]

Source

18 Januari 2019 | Bukit Tinggi, Bentong…

18 Januari 2019 | Bukit Tinggi, Bentong

Bersama YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas dalam Sesi Dialog dengan penanam-penanam halia.

Hasil daripada sesi ini, pihak Jabatan Pertanian Bentong telah berjanji untuk membuat lawatan pada minggu hadapan untuk mengkaji masalah yang dihadapi dalam penanaman halia dan mencari jalan untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

Pejabat saya akan terus bekerjasama dengan pihak kementerian terutamanya Jabatan Pertanian Bentong untuk membantu golongan petani di Bentong.





[vid_url]

Source

10 Januari 2019…

10 Januari 2019

Kanak-kanak adalah masa depan negara. Maka, adalah amat penting kita memberikan dorongan serta bantuan yang sepenuhnya untuk memastikan mereka mendapat pendidikan yang sebaiknya, bermula daripada pendidikan awal. Permulaan yang baik akan memastikan halatuju kehidupan mereka ke arah yang cerah di masa depan.

Kelmarin, pejabat saya telah menghulurkan sumbangan kepada Tabika-tabika Perpaduan di dalam kawasan Bilut, Parlimen Bentong. Turut hadir untuk memberi sokongan ialah YB Lee Chin Chen, ADUN Bilut.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru Tabika kerana sanggup menyumbangkan masa dan kesabaran untuk mendidik anak-anak kita di peringkat pendidikan yang penting ini.

#Bentong
#wongtack












[vid_url]

Source