Ahad lalu kami berjaya mengagihkan ayam …

Ahad lalu kami berjaya mengagihkan ayam segar kepada 2000 keluarga di Bentong. Pada pagi berkenaan, ketika saya hendak bergerak ke Bentong dari rumah saya, terlintas di fikiran alangkah baiknya jika sebungkus bawang besar dapat diselitkan bersama-sama dengan ayam yang akan diagihkan. Boleh buat rendang. Jadi, dalam perjalanan saya ke Bentong, saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli 1000 kilogram bawang besar.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada JC Team atas bantuan mengatur pembelian ayam berkenaan pada harga yang amat berpatutan serta sumbangan tambahan yang diberikan iaitu hampir 200 kilogram ikan, tepung gandum, biskut dan spageti.

Terima kasih juga kepada kumpulan sukarelawan dan YB Young Syefura kerana membantu dalam kerja-kerja pengagihan.

Syabas kepada semua!

#ParlimenBentong





Source

Seandainya kami berhenti disini…


Seandainya kami berhenti disini
Siapa lagi yang akan ganti
Gerak nadi gerakan hati
Pantang undur jangan sekali
Itu lah sumpah pejuangan sejati
Hijaukan alam hijaukan bumi
Matalamat kami suci nan murni
Biar masa berlalu pergi
Kenangan ini tetap dihati
Akan jadi sejarah suatu hari nanti
Himpunan hijau tetap disanubari
Demi sebuah negara demokarsi
Pantang undur tidak sekali
Kerna janji terpatri mati

#himpunan hijau
#lawan tetap lawan




Source

Kami memerlukan SUMBANGAN Anda !…


Kami memerlukan SUMBANGAN Anda !

AFFIN BANK #1001-2015-1548
Nama Akaun : PERTUBUHAN GELOMBANG HIJAU KUANTAN
(mohon pm page admin selepas transaksi untuk penyelarasan akaun)

Ini perjalanan kita,
Ini perjuangan kita,
Ini tentang hidup anak-anak kita,
Ini perlu penglibatan semua dari kita !

#Red2Green Walk, Kuantan – Parlimen, 12-28 Mac

Ahli-ahli Gabungan Badan Bertindak Menentang Pencemaran Bauksit :

1. Angkatan Belia Islam Pahang (ABIM Pahang)
2. Gerakan Hentikan Pencemaran Bauksit (GERAM)
3. Health, Empowerment and Reforming Team (HEART)
4. Himpunan Hijau
5. HOSPIS Pahang
6. Kuantan Concerned Citizen
7. Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health)
8. Pertubuhan IKRAM Malaysia Pahang (IKRAM Pahang)
9. Malaysian Nature Society (MNS)
10. Pejabat ADUN Beserah
11. Pejabat ADUN Semambu
12. Pejabat ADUN Tanjung Lumpur
13. Pejabat ADUN Teruntum
14. Pejabat Parlimen Indera Mahkota
15. Pejabat Parlimen Kuantan
16. Pertubuhan Gelombang Hijau Kuantan
17. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA)
18. Pertubuhan Pengamal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (PRO GUAM)
19. Jingga 13- Muafakat Ke Putrajaya
20. REFORMIS 98
21. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
22. Wadah Kecerdasan Umat Malaysia (WADAh Pahang)
23. Wakil Penduduk Bukit Goh
24. Wakil Penduduk Bukit Sagu
25. Wakil Penduduk Kg Kubang Badak, Jeram Beserah
26. Wakil Penduduk RTP Bukit Goh
27. Wakil Penduduk Taman Impian
28. Wakil Penduduk Kg. Padang




Source

Malam ini kami juga amat berbangga untuk…


Malam ini kami juga amat berbangga untuk menerima borang-borang yang dihantar oleh Encik Goh. Beliau yang bekerja sebagai pemandu lori telah berjaya mengutip 350 tandatangan. Semangat dan sumbangan beliau amat kami hargai!
热心的吴先生利用工作的闲暇为此活动收集了三百五十多个签名。非常感谢您的无私付出! 捍卫司法公正,我们需要更多的“吴先生”!




Source

Kami memanggilnya ‘Amuk’. Bukan sebab di…


Kami memanggilnya ‘Amuk’. Bukan sebab dia selalu mengamuk ler. Dia bukan sahaja menunggang basikal, tetapi juga adalah ‘Radio’ pasukan, ‘hailer’ sentiasa setia di sisi. Tidak kira di mana jua kami berada, selagi ada orang, akan terdengar suara Amuk lantang berteriak ‘Kita jumpa di Gebeng pada 622 untuk Tutup Lynas!!!”
Inilah AMUK tersayang kita :))

我們都叫他阿木,除了騎單車赶路,他必定隨身攜帶一個播音器,只要有人的地方都會聽到他的聲音,提醒大家622一起到關丹終結萊納斯廠。如此毅力,如此堅持,如此精神,加油!




Source

Rakan seperjuangan kami dari Perak Green…


Rakan seperjuangan kami dari Perak Green Pioneer tiba2 rasa sakit kepala dan muntah2 semasa dalam perjalanan ke Simpang Renggam hari ini. Sukarelawan medik kami, CK terus menghulurkan bantuan.

來自霹靂綠色先鋒PGP的成員伯祥,今早突感頭疼與嘔吐等不適,義務醫療人員CK正提供援手。




Source