Ahad lalu kami berjaya mengagihkan ayam …

Ahad lalu kami berjaya mengagihkan ayam segar kepada 2000 keluarga di Bentong. Pada pagi berkenaan, ketika saya hendak bergerak ke Bentong dari rumah saya, terlintas di fikiran alangkah baiknya jika sebungkus bawang besar dapat diselitkan bersama-sama dengan ayam yang akan diagihkan. Boleh buat rendang. Jadi, dalam perjalanan saya ke Bentong, saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli 1000 kilogram bawang besar.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada JC Team atas bantuan mengatur pembelian ayam berkenaan pada harga yang amat berpatutan serta sumbangan tambahan yang diberikan iaitu hampir 200 kilogram ikan, tepung gandum, biskut dan spageti.

Terima kasih juga kepada kumpulan sukarelawan dan YB Young Syefura kerana membantu dalam kerja-kerja pengagihan.

Syabas kepada semua!

#ParlimenBentong





Source