Ahad lalu kami berjaya mengagihkan ayam …

Ahad lalu kami berjaya mengagihkan ayam segar kepada 2000 keluarga di Bentong. Pada pagi berkenaan, ketika saya hendak bergerak ke Bentong dari rumah saya, terlintas di fikiran alangkah baiknya jika sebungkus bawang besar dapat diselitkan bersama-sama dengan ayam yang akan diagihkan. Boleh buat rendang. Jadi, dalam perjalanan saya ke Bentong, saya telah singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli 1000 kilogram bawang besar.

Saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada JC Team atas bantuan mengatur pembelian ayam berkenaan pada harga yang amat berpatutan serta sumbangan tambahan yang diberikan iaitu hampir 200 kilogram ikan, tepung gandum, biskut dan spageti.

Terima kasih juga kepada kumpulan sukarelawan dan YB Young Syefura kerana membantu dalam kerja-kerja pengagihan.

Syabas kepada semua!

#ParlimenBentong





Source

[admin] Pada Khamis yang lalu, Wong Tack bersama Lee Chin Ch…


[admin] Pada Khamis yang lalu, Wong Tack bersama Lee Chin Chen dan Young Syefura menyampaikan sumbangan kuih raya kepada anggota yang bertugas pada hari perayaan. Terima kasih kepada semua yang berkhidmat demi warga Bentong.

日前,黄德李政贤和菈菈为文冬的公务员们献上一些马来糕点,感谢他们在开斋节当天仍在自己的岗位上执勤,服务文冬。

IPD Polis Bentong
Jabatan Bomba Bentong
Jabatan Kecemasan Hospital Bentong
APM
Smart Force Majlis Perbandaran Bentong
TNB Bentong
Penguatkuasa Majlis Perbandaran Bentong













Source

[Admin] SEKADAR IMBASAN KENANGAN LALU…..


[Admin] SEKADAR IMBASAN KENANGAN LALU..

perjalanan anti lynas November 2012 .perjalanan sejauh 300km bermula dikuantan berakhir di dataran merdeka Kuala Lumpur. Sepanjang perjalanan yang amat memcabar ini .banyak benda yang kami belajar erti persahabatan Dan juga sokongan.dari satu kumpulan yang kecil akhirnya menjadi besar.dari satu daerah ke satu daerah.perjalanan yang penuh memcabar di tengah terik matahari Dan juga hujan ada lah perkara biasa.Demi sebuah perjuangan Dan masa depan anak cucu kita .pertapa pentingnya kita hargai khazanah alam Sekitar.

Perjalanan ini juga ada lah tanda rakyat portes lynas yang amat membahayakan bukan saja kepada manusia ,haiwan Dan juga tumbuhan.yang lebih penting lagi kehidupan yang sihat Dan udara Segar .

Kepada teman2 yang turut serta dalam perjalanan himpunan hijau anda ada lah pejuang Dan perwira .setiap langkah anda tidak di siakan begitu saja .ia akan di kenang sepanjang masa.syabas Dan sekalong tahniah buat anda semua.

#himpunan hijau
#selamatkan Malaysia





Source

” 30 tahun yang lalu, kita telah membena…


” 30 tahun yang lalu, kita telah membenarkan kilang nadir bumi Asian Rare Earth di Bukit Merah beroperasi. Kilang ini telah menyebabkan penduduk-penduduk di Bukit Merah hidup sengsara sehingga ke hari ini.

Sekiranya kita tidak mengambil tindakan untuk menutup kilang pemprosesan nadir bumi Lynas dan membenarkan sejarah ngeri ini berulang, maka kita adalah insan yang tidak berperikemanusiaan dan tidak bertanggungjawab.” – Wong Tack

“ 出于无知,30年前我们允许亚洲稀土厂在红泥山运作,直到今天还有那么多人民蒙受痛苦。

如果我们不采取行动停止莱纳斯并让历史在Gebeng关丹重演,那是不道德也是不负责任的。“ – 黄德

” 30 years ago we have allowed the Asian Rare Earth plant in Bukit Merah, which until today has caused so much suffering to the people, to go on out of ignorance.

If we fail to act to stop Lynas and allow history to repeat itself in Gebeng, Kuantan, then we are immoral and irresponsible.” – Wong Tack


Source