*KENYATAAN MEDIA*…


*KENYATAAN MEDIA*
*PARTI WARISAN SABAH*

*29.02.2020*

Parti Warisan Sabah konsisten dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua berkata, selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan tertinggi parti, Warisan tetap dengan pendirian sebelum ini iaitu menyokong Tun M sebagai Perdana Menteri.

*sekian*

Source

KENYATAAN MEDIA…

KENYATAAN MEDIA

JAWATANKUASA KAUKUS PARLIMEN PANTAU LYNAS (JKPPL)

ISU PENERUSAN KILANG MEMPROSES NADIR BUMI LYNAS CORPORATION LTD (LAMP) DI GEBENG, KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

2 April 2019

1. Kami, Jawatankuasa Kaukus Parlimen Pantau Lynas (JKPPL) ingin merujuk kepada kepada Manifesto Pakatan Harapan Janji 39 iaitu “Mengimbangi Pembangunan Ekonomi dengan Perlindungan Alam Sekitar” maka sewajarnya, penerusan atau dasar pelaburan mesti mengambilkira keselamatan dan kesejahteraan rakyat serta alam sekitar.

2. Kami sangat mengambil berat kenyataan berkenaan keputusan kerajaan oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Yang Berhormat Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof pada 30 Mac 2019 baru-baru ini, yang mana kilang memproses Nadir Bumi, Lynas Corporation Ltd. (Lynas) akan diteruskan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk menarik pelabur asing melabur di negara ini.

3. Kenyataan ini amat mengejutkan dan ternyata bercanggah dengan pendirian dan keputusan Kementerian serta termasuklah sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen yang merupakan pembuat-pembuat dasar.

4. Kami berdiri teguh menyokong pendirian Kementerian MESTECC sebelum ini dalam isu pengurusan dua residu utama iaitu WLP (Water Leach Purification) sebanyak 451,564 tan metrik dan NUF (Neutralization Underflow Residue) 1.113 juta tan metrik masing-masingnya yang terkumpul di Kilang Lynas sejak tahun 2012.

5. WLP merupakan buangan pepejal yang mengandungi bahan radioaktif semulajadi (NORM) yang dikawalselia oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang diberikan Lesen Operasi Sementara (TOL) selama 3 tahun (bermula 3 September 2016 sehingga 2 September 2019) manakala NUF pula dikategorikan sebagai buangan terjadual (Scheduled Waste) yang dikawalselia oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan tempoh kelulusan penstoran sementara dari 1 November 2018 hingga 15 Februari 2019.

6. Kami juga sedia maklum, Kementerian MESTECC telah memberi dua pra-syarat ke atas LAMP untuk permohonan lesen/kelulusan baru iaitu; residu WLP yang mengandungi bahan radioaktif (NORM) mestilah dibawa keluar dari negara ini manakala bagi residu buangan terjadual (scheduled waste) NUF, LAMP perlu mengemukakan pelan tindakan sebelum tarikh kelulusan penstoran sementara sediada yang berakhir pada 15 Februari 2019. (Sila rujuk link https://www.facebook.com/176813839000215/posts/2440422085972701/ ).

7. Kami merasa amat kesal kerana kedua-dua pra-syarat ini tidak diambil serius bahkan awal Mac baru-baru ini Ketua Pegawai Eksekutif Lynas, Amanda Lacaze, dilaporkan mengakui bahawa Lynas tidak mampu dan tidak mempunyai sebarang niat untuk membawa sisa WLP yang mengandungi bahan radioaktif (NORM) keluar dari Malaysia. Pengakuan ini juga memperlihatkan bahawa janji mereka sangat bercanggah dalam Letter of Undertaking antara Lynas Corporation Ltd Australia dan Lynas Malaysia Sdn Bhd bertarikh 23 Februari 2012 dan 6 Mac 2012 yang menyatakan komitmen tersebut.

8. Sehingga hari ini, Lynas tidak dilihat memberikan komitmen dalam menyediakan pengurusan sisa yang komprehensif untuk jangka panjang. Beberapa ketidakpatuhan terus berlaku sebagai contoh, pertama; residu yang mempunyai bahan radioaktif (NORM) seperti WLP perlu penstoran di kawasan berbumbung dan jauh dari kawasan yang ada kecenderungan berlakunya bencana. Kedua, sisa berjadual (scheduled waste) yang berada di tapak tidak boleh melebihi 20 metrik tan atau tempoh 180 hari (6 bulan). Hakikatnya, residu NUF oleh Lynas kini melebihi 1.113 juta tan metrik melebihi 6 tahun berada di tapak.

9. Kami ingin memberi penegasan, kita tidak pernah menentang pelaburan asing, tetapi sebagai wakil yang dipilih oleh rakyat kita mesti mempunyai keazaman politik (political will) dalam memastikan proses pembangunan yang mampan serta tidak memberikan kesan negatif kepada kesihatan dan keselamatan rakyat serta juga kelestarian alam sekitar. Dengan ini, kami bertegas operasi Kilang Lynas tidak boleh diteruskan selagi syarat-syarat pengurusan sisanya tidak dipatuhi seperti yang telah ditetapkan.

Pengerusi
YB Wong Tack – Bentong (DAP-PH)
Timb Pengerusi
YB Nor Azrina Surip @Nurin Aina – Merbok (KEADILAN-PH)
YB Datuk Hasanuddin Yunus – Hulu Langat (AMANAH-PH)
YB Maria Chin Abdullah – Petaling Jaya (KEADILAN-PH)
YB Wong Su Qi – Kluang (DAP-PH)
YB Chah Ming Khai – Alor Setar (KEADILAN-PH)
YB Khoo Poay Ting – Kota Melaka (DAP-PH)
YB Dato Hasbullah – Gerik (UMNO-BN)
YB Tn Hj Awang Hashim – Pendang (PAS)






[vid_url]

Source

KENYATAAN MEDIA…

KENYATAAN MEDIA
13 SEPTEMBER 2018

MARI MEMBUKA LEMBARAN BARU DALAM PENGURUSAN PENGGUNAAN TANAH

Kebelakangan ini, beberapa kenyataan berkenaan dengan dasar-dasar penggunaan tanah kerajaan baru dalam sektor perhutanan dan perladangan sawit telah muncul.

Pada Sept 4, Menteri Industri Utama (KIU) Teresa Kok telah mengesahkan semula komitmen pentadbiran Pakatan Harapan untuk menunaikan janji litupan hutan 50% atas mukabumi Malaysia kepada komuniti antarabangsa. Untuk melaksanakan komitmen tersebut, beliau menyatakan bahawa ini bermakna perkembangan perladangan kelapa sawit akan dihentikan.

Kenyataan tersebut telah mendapat reaksi serta-merta daripada kerajaan negeri Sarawak yang menolak cadangan tersebut atas sebab penanaman kelapa sawit adalah diperlukan untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Selepas itu, seorang felo Akademi Sains Malaysia (ASM) juga menyokong keputusan Sarawak dan menggalakkan negeri-negeri lain menolak cadangan KIU.

Sementara itu, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) Dr Xavier Jayakumar pula mengumumkan satu pelan penanaman hutan dengan sebuah badan bukan kerajaan bernama Pusat Konservasi dan Penyelidikan Hutan Tropika (Tropical Rainforest Conservation and Research Centre – TRCRC). Temubual beliau oleh suratkhabar The Star juga banyak kali menyebut perkataan penyahhutanan dalam menyokong cadangan TRCRC.

Justeru itu, saya ingin memberikan pandangan dan pemantauan saya terhadap perkembangan tersebut.

1. Sebagai permulaan, saya menyokong hasrat KIU untuk menunaikan janji 50% litupan hutan di mana saya juga membangkitkan hal tersebut ketika berucap julung kali di sidang parlimen yang berlangsung baru-baru ini. Dasar ini bukan setakat memenuhi janji kita kepada komuniti antarabangsa tetapi ia juga untuk menjaga kepentingan kita sendiri. Perlindungan hutan bukanlah sekadar untuk menyelamatkan harimau mengikut pandangan sinis Felo ASM bahawa perbezaan antara ladang sawit dan hutan cuma dalam ketidakwujudan harimau dalam ladang sawit. Kita sedia maklum bahawa hutan memberikan banyak perkhidmatan yang penting untuk kesejahteraan kita – perkitaran air dan pengawalan banjir, perkitaran gas-gas rumah kaca (greenhouse gases – GHGs) dan kestabilan cuaca setempat, sumber kayu dan pelbagai hasilan hutan dan juga tempat lindungan untuk komuniti Orang Asal.

2. Istilah ‘penyahhutanan’ telah kerap disalah fahamkan . Sekiranya kita mengatakan ‘penyahutanan’ berlaku dalam sistem pengurusan hutan cara mampan (Sustainable Forest Management – SFM) yang diamalkan sejak pertengahan 1990an, ini bererti kita mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam sistem SFM sehingga berlaku penebangan hutan secara habis-habisan atau amalan pembalakan yang membinasakan hutan. Ekoran daripada itu, kita terpaksa menjalankan aktiviti penanaman semula. Kita harus segera memahami istilah-istilah perhutanan yang membawa makna spesifik untuk mengelakkan lagi banyak kesalahfahaman dan penyataan yang mengelirukan dan membawa kesan-kesan negatif ke atas industri kayu-kayan dan minyak sawit serta komitmen negara dalam mengurangkan aktiviti pemanasan bumi daripada sektor perhutanan.

3. Statistik litupan hutan yang diumumkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sebelum ini adalah 54.6%. Mengikut saiz keluasan ketiga-tiga daerah geografi, Semenanjung Malaysia tidak akan dapat capai sasaran 50% tersebut manakala Sabah dan Sarawak masih berada dalam keadaan yang selesa untuk mencapai sasaran masing-masing. Kadar perubahan penggunaan tanah yang tinggi di Semenanjung tidak dapat dielakkan kerana kadar pertumbuhan penduduk, perindustrian dan perbandaran yang jauh lebih tinggi daripada Sabah dan Sarawak. Oleh itu, kita memerlukan satu mekanisme ‘perkongsian beban’ untuk memastikan kita dapat memenuhi komitmen bersama tersebut.

4. Tidak dapat dinafikan minyak sawit adalah sejenis minyak sayur-sayuran yang banyak kegunaan dan memberikan hasil yang tinggi per hektar tetapi kita harus sedar bahawa Malaysia bukan lagi pengeluar nombor satu atau satu-satunya sebuah negara pengeluar. Terdapat juga negara-negara pengeluar lain dan ini telah menyumbang kepada keadaan pengeluaran berlebihan yang menyebabkan kejatuhan harga pasaran dunia. Ini telah merumitkan lagi ekspot minyak sawit negara yang ditekan oleh cabaran-cabaran kelestarian dari negara-negara pengimpot. Sebenarnya, kerajaan sebelum ini dalam Pelan Transformasi Ekonomi telahpun menghadkan pengembangan kawasan perladangan sawit kepada 6 juta hektar menjelang 2020. Perlu dinyatakan bahawa Timbalan Ketua Negeri Sarawak Dato Amar Douglas Uggah Embas adalah ahli Jemaah cabinet ketika pelan tersebut diluluskan dalam tahun 2009. Walau bagaimanapun, kita tidak harus berpolitik dalam hal ini tetapi kita harus berkerja-sama untuk mencari penyelesaian terhadap cabaran-cabaran ini.

5. Perjanjian penanaman semula hutan yang diaturkan antara Malaysia dan Norway oleh TRCRC adalah satu perkara yang agak pelik. TRCRC adalah sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dan isterinya Toh Puan Jean Abdullah. Badan tersebut telah melobi kerajaan-kerajaan barat di beberapa persidangan Konvensyen Kerangka Perubahan Iklim Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations Framework Convention on Climate Change – UNFCCC) dan mempromosikan dirinya sebagai sebuah entiti yang layak menjalankan aktiviti-aktiviti pengurangan perlepasan GHGs dalam sektor perhutanan. Saya difahamkan bahawa Malaysia telahpun menyiapkan dan menyerahkan pelan tindakan kebangsaan untuk mengurangkan pelepasan GHGs dari aktiviti penyahhutanan dan kemerosotan hutan di bawah mekanisme yang dipanggil REDD-plus (Reducing Emissions from Deforestation and Forest Degradation )kepada pihak UNFCCC, sekaligus, mengumumkan bahawa Malaysia sudah bersedia untuk melaksanakan mekanisme tersebut dengan bantuan kewangan antarabangsa termasuklah bantuan dua-hala seperti dengan Norway. Saya hairan di manakah TRCRC bercadang menjalankan aktiviti penanaman semula hutan dan kepakaran serta pengalamannya memandangkan usia pertubuhannya yang masih singkat.

Sebagai kesimpulan, saya ingin mengutarakan beberapa cadangan untuk bergerak ke hadapan.

Memandangkan kerumitan berkenaan dengan perkara penggunaan tanah, saya ingin mencadangkan penubuhan sebuah majlis penasihat gabungan tiga kementerian – KIU, KATS dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim – yang menerajui agensi-agensi dan bahagian-bahagian kementerian yang berkenaan.
Majlis penasihat tersebut boleh mempercepatkan pemahaman cabaran-cabaran, menyeleraskan tindakan bersama and mengorak langkah baru dalam melindungi hutan, memastikan kelestarian industri kayu-kayan dan minyak sawit, mencapai tujuan pembasmian kemiskinan dan perkongsian kekayaan antara ketiga-tiga daerah geografi dan antara negeri-negeri di Semenanjung.
Oleh kerana tanah adalah tertakluk bawah pentadbiran negeri masing-masing, Majlis Tanah Negara perlu bertindak dan menunjukkan keinginan politik untuk menangani isu lama ini yang diwarisi dari pemerintahan lepas.

WONG TACK
Ahli Parlimen Bentong merangkap Pengerusi Lembaga Industri Kayu-kayan Malaysia


[vid_url]

Source

KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB:…


KENYATAAN MEDIA PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB:
NAJIB DITANGKAP UNTUK PENDAKWAAN

Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan telah membuat tangkapan terhadap Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, bekas Perdana Menteri pada pukul 2.35 petang berkaitan SRC International Sdn Bhd.

Tangkapan tersebut telah dibuat di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd. Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada pukul 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur.

PASUKAN PETUGAS KHAS 1MDB
1. TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
2. TAN SRI ABU KASSIM MOHAMED
3. DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
4. DATO’ ABDUL HAMID BADOR

3 JULAI 2018
PUTRAJAYA


Source

Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di B…


Kenyataan Media Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack di Bentong pada 15.04.2018

Demokrasi Negara Semakin Terbelakang Di Bawah BN
Wong Tack Desak Liow Tiong Lai Kecam Ahmad Zahid

Bakal Calon Parlimen Bentong, Wong Tack membidas kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid Hamidi yang menyeru rakyat yang bekerja di Singapura agar tidak balik mengundi sekiranya tidak mendapat kebenaran majikan.

Dalam kenyataan medianya, Wong Tack menyatakan bahawa kata-kata Ahmad Zahid ini sebenarnya adalah membelakangi prinsip demokrasi lantaran setiap rakyat haruslah menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi. Sebagai Timbalan Perdana Menteri sementara, Ahmad Zahid patutnya menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini demi menentukan hala tuju negara dan bukannya menanamkan kesedaran sebegini yang tidak demokratik dan salah dan menyebabkan demokrasi negara terbelakang lagi.

Wong Tack berujar bahawa kenyataan Ahmad Zahid sebenarnya adalah bertujuan untuk mengetepikan tanggungjawab yang seharusnya dipikul rakyat lantaran kadar keluar mengundi yang rendah akan memudahkan BN untuk terus bersubahat dengan SPR demi memenangi PRU kali ini.

Wong Tack menegaskan bahawa niat hati BN sudah ternyata jelas. Kini BN amat gentar terhadap kadar keluar mengundi yang tinggi kerana kadar mengundi yang melebihi 85% sudah tentunya akan menjanakan perubahan kerajaan. Sebenarnya beberapa kenyataan pemimpin UMNO yang tidak munasabah dan tidak logik langsung telah menunjukkan bahawa UMNO jelas bahawa pemerintahan mereka akan ditamatkan dalam masa sebulan ini dan pemimpin yang rakus rasuah akan dihantar ke penjara Sungai Buloh tidak lama lagi.

Selepas pengumuman tarikh PRU, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah menggerakkan kempen balik undi secara besar-besaran dan kehangatan ini tidak pernahnya wujud sebelum ni. Kempen balik undi yang digerakkan melalui media sosial mengilustrasikan bahawa rakyat jelata adalah mementingkan PRU kali ini dan kesemua inilah yang paling ditakuti oleh rejim UMNO BN. Malah SPR sengaja meletakkan hari Rabu sebagai hari mengundi untuk mengelakkan orang ramai untuk balik mengundi.

Sebelum bermulanya kempen PRU, sekali lagi pemimpin tertinggi UMNO telah mengeluarkan kenyataan sebegini yang memalukan dan tidak menghormati demokrasi. Oleh itu, Wong Tack mendesak Liow Tiong Lai untuk menyatakan pendirian sama ada beliau bersetuju dengan kenyataan Ahmad Zahid yang menyeru rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara agar tidak balik mengundi dan sekiranya tidak bersetuju, adakah Liow Tiong Lai berani mengecam kenyataan Timbalan Perdana Menteri sementara ini dan menyeru pengundi di Bagan Datuk untuk menolak calon sedemikian yang membelakangi prinsip demokrasi.

Wong Tack turut menyeru semua rakyat untuk melibatkan diri dalam PRU kali ini. Sekiranya BN terus menggunakan tipu muslihat seperti persempadanan semula yang tidak adil untuk menjejaskan keputusan PRU, maka rakyat wajib bangkit lawan tetap lawan dan tidak tunduk kepadanya. Kadar keluar mengundi yang tinggi sudah tentu akan menjamin pembentukan sistem dua parti dan pastinya Pakatan Harapan dapat mara ke Putrajaya demi membina HARAPAN untuk anak cucu kita.

Kami tinggalkan kampung demi mencari rezeki dan balik rumah demi selamatkan negara. Semua rakyat sekali lagi diseru untuk mengundi Pakatan Harapan dalam PRU kali ini lantaran setiap undi anda adalah berupaya untuk mengubah hala tuju negara kita untuk membuka lembaran baru demi Malaysia.


Source

Kenyataan pengerusi Himpunan Hijau Wong …


Kenyataan pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack pada 14 Dis 2017 mengenai iklan Lynas di akhbar The Star.

Pengerusi Himpunan Hijau Wong Tack mengutuk iklan Lynas Corporation Ltd sebanyak tiga setengah muka surat di akhbar The Star yang menyifatkan nadir bumi sebagai hadiah semulajadi, kerana ini membawa agenda untuk mengelirukan orang awam tentang pengancaman kilang Lynas terhadap negara.

Wong berkata, kerajaan memutuskan bahawa Lynas perlu mengemukakan pelan dan lokasi Tapak Pelupusan Kekal (PDF) sebelum Lesen Operasi Tetap (POL) dikeluarkan. Namun begitu, tanpa mematuhi syarat penting ini, Lynas telah pun diluluskan lesen oleh Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) meskipun terdapat bantahan keras daripada rakyat Malaysia.

Iklan di akhbar The Star cuma satu publisiti Lynas, ianya langsung tidak menjawap isu teras yang ditanya-tanya rakyat. Di samping itu, publisiti Lynas juga bercanggah dengan kenyataan Pengerusi MCA Liow Tiong Lai yang sebelum ini menegaskan bahawa sisa buangan harus dibawa keluar dari negara. Sekiranya tidak, lesen akan ditarik balik dengan segera.

Apa yang dilihat sekarang, Lynas gagal mengemukakan lokasi Tapak Pelupusan Kekal, tidak pernah mengumumkan kaedah pengurusan sisa buangan. Cara pengendalian sebegini memperolehi lesen operasi tetap, tidak diambil tindakan seperti yang dijamin Menteri, ini amat tidak munasabah.

Wong menyeru Lynas hentikan publisiti yang tidak berkenaan, serta mengumumkan kaedah pengurusan sisa buangan dan lokasi tapak pelupusan kekal. Sekiranya tidak, kerajaan harus batalkan lesen operasi tetap Lynas dengan serta merta.

Wong Tack
Pengerusi Himpunan Hijau




Source

Kenyataan media Wong Tack, Pengerusi Pak…


Kenyataan media Wong Tack, Pengerusi Pakatan Harapan Bentong:

Meningkatkan usaha menembusi kawasan luar bandar,
PAKATAN HARAPAN BENTONG menambah tiga lagi jawatan naib pengerusi

1. Pengerusi Pakatan Harapan Bentong, Wong Tack, mengumumkan bahawa untuk mencerahkan harapan mencapai kemenangan dalam kawasan luar bandar terutamanya kawasan melayu, Pakatan Harapan Bentong merombak pucuk pimpinan parti dengan menambah tiga orang naib pengerusi dari Amanah, PPBM dan DAP. Pakatan Harapan Bentong akan menggembleng tenaga untuk menembusi kawasan pedalaman yang dianggap sebagai kubu kuat Barisan National agar dapat memenangi kerusi parlimen Bentong.

2. Tiga orang naib pengerusi baharu yang dilantik adalah seperti yang berikut:

– Ashraf Mustaqim (Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bentong)
– Ustaz Adnan (Ketua Parti Amanah Bentong)
– Young Syefura (Naib Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan)

3. Wong Tack mengatakan bahawa tiga orang naib pengerusi Pakatan Harapan yang sedia ada terdiri daripada tiga orang ADUN dalam Parlimen Bentong, iaitu ADUN BILUT CHOW YU HUI, ADUN KETARI LEE CHIN CHEN dan ADUN SABAI Kamache Doray Rajoo.

Berikutan pelantikan tiga orang naib pengerusi yang baharu, Pakatan Harapan Bentong akan dapat memperkemas serta meningkatkan keefisienan pembahagian kerja di semua kawasan pilih raya dalam kawasan Parlimen Bentong.

4. Kunci kemenangan kawasan parlimen Bentong terletak di kawasan Felda dan luar bandar. Penambahan tiga orang naib pengerusi yang berasal daripada tiga parti komponen akan memudahkan Pakatan Harapan menyalurkan mesej perubahan kepada penduduk di kawasan tersebut yang selama ini merupakan kubu UMNO., sekali gus menumpaskan calon BN.

5. Komposisi pengundi dalam kawasan parlimen Bentong terdiri daripada 44% orang Melayu, 43% orang Cina, 10% orang India, dan 3% Orang Asli. Untuk menukar kerajaan, Pakatan Harapan tidak boleh bergantung pada undi daripada masyarakat Cina atau bandar sahaja. Pakatan Harapan mesti berusaha untuk memenangi undi daripada kaum lain baru dapat menempa sejarah dengan memenangi kerusi parlimen kawasan Bentong buat kali pertama.

Pimpinan Pakatan Harapan Bentong :

Pengerusi: Wong Tack (DAP)

Timbalan Pengerusi: Dasimah Zainuddin (PKR)

Naib Pengerusi:
Chow Yu Hui (ADUN BILUT-DAP)
Lee Chin Chen (ADUN KETARI-DAP)
Kamache Doray Rajoo (ADUN SABAI-DAP)
Ustaz Adnan (Ketua Amanah Bentong)
Ashraf Mustaqim (Pengerusi PPBM Bentong)
Young Syefura ( Naib Setiausaha DAP Wanita kebangsaan)

Setiausaha: Hafiz Chai (Amanah)

Bendahari: Kiu Hoon Sang (DAP)




Source