Pilihan di Tangan Kita !…

Pilihan di Tangan Kita !

绿色盛会由始至终都秉承〈选择在我〉的座右铭!

绿色盛会将在2019年4月10日(星期三)与非政府组织及一群关心这片土地的国民在一起到国会大厦呈交备忘录。这项行动是拯救大马委员会、绿色盛会、大马绿色和平组织、PEKA、大马环境之友、KUASA、反山埃委员会、原住民关注中心、SUARAM 等组织共同认可的,我们到时将会把莱纳斯稀土厂的问题提呈给首相以及内阁成员。

我们呼吁全体负责任的大马绿色公民为了我们的下一代和环境团结一致参与国家的决策,一起保卫国家的环境。

Salam Hijau!

Himpunan Hijau has always uphold our motto – PIlihan di…

More


[vid_url]

Source

[Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab ki…


[Admin] Pastikan 9 Mei ini, kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia, sebagai pengundi yang bijaksana, dengan memilih Pakatan Harapan.

Bagi penduduk Bentong yang berada di kota mahupun di luar negara, #balikundi kerana undi anda amat bernilai. Langkah ke Putrajaya bermula dengan undi anda.

9 Mei ini, undi Wong Tack sebagai Ahli Parlimen Bentong dan #teambinaharapan sebagai ADUN anda bagi Bilut (Lee Chin Chen) , Ketari (Young Syefura), Sabai (Kamache Doray Rajoo) dan Pelangai (Norhaizan Binti Abu Hassan) dengan memilih #keadilan!

#undikeadilan
#pakatanharapan
#teambinaharapan
#wongtack4bentong


Source

Jiran kita pun sudah mula bangkit!…


Jiran kita pun sudah mula bangkit!
Bentong sudah sedia?





Saya tak sangka sokongan rakyat Negeri Pahang sebegini baik. Jutaan terima kasih kepada rakyat Temerloh kerana sudi hadir untuk mendengar sedikit penjelasan dari kami, menjelang pilihanraya umum tak lama lagi. Sokongan anda amat bermakna kepada kami. Mari lah kita MEMBINA NEGARA bersama-sama, dan MEMENUHI HARAPAN rakyat Malaysia.

Source

Hutan ialah talian hayat kita….


Hutan ialah talian hayat kita.

Adakah negara kita perlu bergantung kepada industri pembalakan? Adakah keuntungan yang diperolehi lebih daripada kosnya, terutamanya kos sosial dan alam sekitar?

Masa telah tiba untuk kita fikir-fikirkan.

Satu kajian komprehensif perlu dijalankan untuk merangka satu pelan yang boleh menerajui negara kita ke arah pembangunan ekonomi mampan yang pesat berfokuskan bukan saja kepada keuntungan semata-mata, tetapi juga pada rakyat dan bumi kita.

Marilah bersama-sama berusaha untuk melindungi dan memulihkan hutan kita.

Selamat Hari Hutan Sedunia!

———————————————————-
Forests is our lifeline.

Can our country survives without the logging industry? Does the profits outweigh the costs, especially social and environmental costs?

Time to do some serious re-thinking.

A comprehensive study should be carried out to formulate a plan to steer our country towards a robust and thriving sustainable economy that focuses not only on PROFITS, but also on the PEOPLE and PLANET.

Let’s put great effort to conserve and heal our forests.

Happy International Day of Forests!

– Wong Tack 黄德
21 March 2018


Source

Negara kita memperolehi kemerdekaan sele…


Negara kita memperolehi kemerdekaan selepas Perang Dunia II. Kita bernasib baik kerana dapat membangunkan negara ketika keadaan aman damai serta wujudnya peluang dari segi ekonomi yang banyak. Pada suatu ketika, kejayaan milik kita dan kita bangga menggelar diri sebagai Anak Malaysia. Tetapi menjelang sambutan Hari Kemerdekaan ke-60, kita mendapati masa depan kita dibelenggu kegelapan. Ini amat mengecewakan tetapi kita tidak harus putus asa. Marilah bersama-sama kita baik pulih negara ini.

“ 马来西亚是大战后独立的国家。 我们在和平又繁荣的环境里成长, 拥有过辉煌的日子,曾经都为这土地骄傲过。 六十年后的今天,我们对这国家感到忧虑又失望 但无论如何我们不能放弃! 让我们有一天能够自豪地称自为马来西亚子民! 让我们一起修复这片国土!”

We were fortunate that we gained independence after World War II as we were able to grow our country during a period of peace and opportunity. At one time we have achieved great success and we were so proud as Anak Malaysia. On the 60th Merdeka Day, we find ourselves in a state of uncertainty. It is disappointing but we shall never give up. Together, we fix this nation.

Selamat Hari Merdeka!

– Wong Tack 黄德




Source

Bina HARAPAN. Pilihan di Tangan Kita!…


Bina HARAPAN. Pilihan di Tangan Kita!

“Beberapa minggu yang lalu, saya telah mengunjungi seorang janda, yang tinggal jauh di pedalaman Pahang iaitu Batu Talam, Raub. Makcik tersebut terpaksa pindah keluar dari rumah usangnya yang telah runtuh dan kini menumpang di dapur rumah jiran.

Hati saya amat tersentuh setelah mendengar cerita penderitaan Makcik selama ini. Permintaan makcik cuma satu. Katanya, “Buat satu kotak pun sudah cukup. Asalkan dapat berlindung dari hujan dan matahari.” Saya memegang tangannya dan berjanji,” Makcik, kami akan bina semula rumah makcik.”

Saya sentiasa berpendapat bahawa projek sukarelawan haruslah seronok dan menggembirakan. Jadi, marilah kita bergotong-royong untuk membaiki rumah makcik. Kami akan bekerja tanpa henti sehingga kunci rumah bisa diserahkan kepada makcik. Siap Baru henti! ”

Marilah bersama-sama Bina HARAPAN. Pilihan di Tangan Kita!

– Wong Tack

Butiran Projek ‘Bina HARAPAN – Siap Baru Henti’ :

Tarikh: 9 September 2017
Masa: Dari subuh sampai siap
Lokasi: Batu Talam, Raub, Pahang https://maps.google.com/?q=3.981977,101.903549

Bagi mereka yang ingin datang sehari lebih awal, terutamanya yang dari jauh, sila ambil perhatian bahawa kami akan mula berkumpul dari pukul 5 petang pada 8 September 2017 (Jumaat).
Sila bawa khemah anda sendiri, beg tidur dan semua peralatan perkhemahan yang anda perlukan.

Barangan yang perlu dibawa :

Air minuman secukupnya💦
Makanan ringan
Pakaian tambahan
Peralatan – Tukul, gerudi, gergaji, cangkul dan sebagainya, jika ada.
Sarung tangan
Topi
Piring, cawan, garpu & sudu

Bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada projek yang bermakna ini:

1) Jika anda seorang tukang kayu atau tukang paip atau juruelektrik atau seseorang yang baik hati dan ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat, sila tinggalkan nama dan nombor telefon anda @ m.me/wongtack.green.

2) Jika anda ada bahan2 pembinaan atau peralatan (baru atau terpakai) seperti di bawah yang ingin di sumbangkan sila hubungi 017-3002977.

Mangkuk tandas – 1 unit
Sinki bilik mandi – 1 unit
Sinki dapur – 1 unit
Paip air untuk bilik mandi – 1 unit
Paip air untuk dapur – 1 unit
Dapur gas – 1 unit
Simen – 2 beg
Kayu 8 kaki (2×3) – 20 batang
Kayu 8 kaki (2×2) – 30 batang
Kayu 8 kaki (1×2) – 20 batang
Bumbung zink 12 kaki – 20 keping
Tangki untuk menuai air hujan – 2 unit
Gutter – 40 kaki
Down sprout – 20 kaki
Tangki septik – 1 unit
Pintu tandas x 2 kaki – 1 unit
Pintu utama x 32 inci – 1 set
Mesh wayar besi 4X8 – 4 pcs
Papan simen 4×8 – 10 keping
Papan siling asbestos 4×4 – 18 keping
Lantai Plywood 4×8 – 10 keping
Paip PVC
Lampu fluorescent – 5 nos
Socket – 3 nos
Suis – 5 nos
Kipas siling – 1 unit
Kipas meja – 1 unit
Katil & tilam – 1 set
Langsir 2×4 – 3 set

3) Anda juga boleh menghulurkan sumbangan tunai ke akaun bank di bawah. Sila hantar nama & resit bank kepada kami selepas sumbangan di buat.

Green Ants Sdn. Bhd.
Public Bank (Akaun : 3194163300)

Tolong !!!




Source