Bina HARAPAN. Pilihan di Tangan Kita!…


Bina HARAPAN. Pilihan di Tangan Kita!

“Beberapa minggu yang lalu, saya telah mengunjungi seorang janda, yang tinggal jauh di pedalaman Pahang iaitu Batu Talam, Raub. Makcik tersebut terpaksa pindah keluar dari rumah usangnya yang telah runtuh dan kini menumpang di dapur rumah jiran.

Hati saya amat tersentuh setelah mendengar cerita penderitaan Makcik selama ini. Permintaan makcik cuma satu. Katanya, “Buat satu kotak pun sudah cukup. Asalkan dapat berlindung dari hujan dan matahari.” Saya memegang tangannya dan berjanji,” Makcik, kami akan bina semula rumah makcik.”

Saya sentiasa berpendapat bahawa projek sukarelawan haruslah seronok dan menggembirakan. Jadi, marilah kita bergotong-royong untuk membaiki rumah makcik. Kami akan bekerja tanpa henti sehingga kunci rumah bisa diserahkan kepada makcik. Siap Baru henti! ”

Marilah bersama-sama Bina HARAPAN. Pilihan di Tangan Kita!

– Wong Tack

Butiran Projek ‘Bina HARAPAN – Siap Baru Henti’ :

Tarikh: 9 September 2017
Masa: Dari subuh sampai siap
Lokasi: Batu Talam, Raub, Pahang https://maps.google.com/?q=3.981977,101.903549

Bagi mereka yang ingin datang sehari lebih awal, terutamanya yang dari jauh, sila ambil perhatian bahawa kami akan mula berkumpul dari pukul 5 petang pada 8 September 2017 (Jumaat).
Sila bawa khemah anda sendiri, beg tidur dan semua peralatan perkhemahan yang anda perlukan.

Barangan yang perlu dibawa :

Air minuman secukupnya💦
Makanan ringan
Pakaian tambahan
Peralatan – Tukul, gerudi, gergaji, cangkul dan sebagainya, jika ada.
Sarung tangan
Topi
Piring, cawan, garpu & sudu

Bagaimana untuk menjadi sebahagian daripada projek yang bermakna ini:

1) Jika anda seorang tukang kayu atau tukang paip atau juruelektrik atau seseorang yang baik hati dan ingin menyumbang tenaga kepada masyarakat, sila tinggalkan nama dan nombor telefon anda @ m.me/wongtack.green.

2) Jika anda ada bahan2 pembinaan atau peralatan (baru atau terpakai) seperti di bawah yang ingin di sumbangkan sila hubungi 017-3002977.

Mangkuk tandas – 1 unit
Sinki bilik mandi – 1 unit
Sinki dapur – 1 unit
Paip air untuk bilik mandi – 1 unit
Paip air untuk dapur – 1 unit
Dapur gas – 1 unit
Simen – 2 beg
Kayu 8 kaki (2×3) – 20 batang
Kayu 8 kaki (2×2) – 30 batang
Kayu 8 kaki (1×2) – 20 batang
Bumbung zink 12 kaki – 20 keping
Tangki untuk menuai air hujan – 2 unit
Gutter – 40 kaki
Down sprout – 20 kaki
Tangki septik – 1 unit
Pintu tandas x 2 kaki – 1 unit
Pintu utama x 32 inci – 1 set
Mesh wayar besi 4X8 – 4 pcs
Papan simen 4×8 – 10 keping
Papan siling asbestos 4×4 – 18 keping
Lantai Plywood 4×8 – 10 keping
Paip PVC
Lampu fluorescent – 5 nos
Socket – 3 nos
Suis – 5 nos
Kipas siling – 1 unit
Kipas meja – 1 unit
Katil & tilam – 1 set
Langsir 2×4 – 3 set

3) Anda juga boleh menghulurkan sumbangan tunai ke akaun bank di bawah. Sila hantar nama & resit bank kepada kami selepas sumbangan di buat.

Green Ants Sdn. Bhd.
Public Bank (Akaun : 3194163300)

Tolong !!!




Source