Sejak sekian lama, jauh sebelum tersebar…

Sejak sekian lama, jauh sebelum tersebarnya pandemik Covid-19, banyak keluarga yang mengalami kesusahan, khususnya di kawasan pedalaman dan Kampung Orang Asli yang rata-rata memerlukan bantuan.

Bayangkan keadaan yang perlu mereka tempuhi saat ini.

Saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakyat setiap hari. Mereka terputus bekalan makanan.

Pejabat saya sedang bertungkus-lumus untuk bekerjasama dengan sebuah NGO untuk menyalurkan sumbangan bahan asas makanan ketika saat memerlukan ini.

Sebanyak seratus bungkusan bahan asas makanan telah siap dipek untuk diagihkan hari ini.

Kami memerlukan lebih banyak sumbangan – beras, bihun, tepung, makanan dalam tin dan telur.

Jangan biarkan ada rakyat Malaysia yang kelaparan.

Jom menyumbang.

(PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG)
PUBLIC BANK #3215046400

Untuk sebarang maklumat lanjut, hubungi 012-9621813 atau 012-972813

————

Way before the COVID-19 pandemic, there were already so many families in Bentong, particularly those in the kampung and Orang Asli settlements who were in need of help.

Imagine the hardship they are going through right now.

I have been receiving calls from the people everyday. They don’t have food.

My office is currently working with an NGO to provide the needy with basic food supplies during this trying times.

A hundred basic food packages have been prepared for sending out today.

We need more – rice, beehoon, flour, can food, eggs.

We must not allow our fellow Malaysians to go hungry.

Please donate.

(PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG)
PUBLIC BANK #3215046400

For enquiries, please call :
012-9621813 or 012-9721813.


Source

Sebelum PRU14, saya telah semak dengan P…

Sebelum PRU14, saya telah semak dengan Pejabat Daerah Bentong dan mendapati bahawa 35 lesen lombong pasir telah dikeluarkan. Oleh kerana penguatkuasaan yang lemah, kebanyakan sungai di Bentong telah tercemar.

Sesetengah sungai-sungai ini membekalkan air minuman kepada komuniti tempatan. Selama ini, kami telah banyak mengadu kepada pihak berkuasa tetapi tidak ada penyelesaian.

Oleh itu, saya amat terharu bahawa dengan penukaran kuasa, perubahan boleh berlaku dengan begitu cepat. Dalam masa 3 minggu sahaja selepas ‘turun padang’ bersama Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, YB Tengku Zulpuri dan memberikan amaran tegas kepada seorang pengusaha lombong pasir, sungai 'teh tarik' sebelum ini telah menjadi jernih semula.

Marilah kita mengambil berat isu-isu alam sekitar dengan serius. Berilah peluang kepada alam sekitar untuk pulih semula.

———————————————————
Before GE14, I checked with the District Officer’s office and found out that 35 sand mining licenses have been issued in Bentong. And due to the glaring lack of enforcement that means almost every river in Bentong has been disturbed and polluted. Some of these rivers supply drinking water to the local community. For years, we have fought but complaints after complaints to the relevant authorities have fallen on deaf ears.

But I’m amazed with what a change of government can do. Merely 3 weeks after a site visit with YB Tengku Zulpuri, the Deputy Minister of Water, Land & Natural Resources, which resulted with a stern warning to a sand mining operator, a “teh tarik” river can turn crystal clear.

Let’s take environmental issues seriously.
Give a chance for nature to recover.

https://youtu.be/ZiC02NXra9s




[vid_url]

Source

【Ceramah DAP Bentong yang pertama sebelum PRU14 – BINA HARAP…


【Ceramah DAP Bentong yang pertama sebelum PRU14 – BINA HARAPAN】

Rakan-rakan Bentong sekalian, sila sebarkan dan warwarkan ceramah politik yang akan datang ini !

Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP akan menyertai ceramah politik Bina Harapan dan juga sesi temubual bersama penduduk setempat yang akan diadakan pada hari Ahad 8 April 2018 ini.

Jemput datang semua.

Mohon jasa baik semua untuk bantu kami uar-uarkan ceramah politik ini .

#BinaHarapan #MenujuPutrajaya
#BalikMengundi #KalahkanPencuri


Source