Cubaan tutup mulut Mazlan Aliman dikecam


Kenyataan Media Pengerusi Pakatan Harapan Bentong, Wong Tack di Bentong pada 22.03.2018

Pakatan Harapan Bentong mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang menahan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman pada awal pagi hari ini.

Menurut isteri Mazlan, beliau telah ditahan di rumah pada pukul 01.35 pagi dan telah dibawa ke balai polis Kulai. Pihak polis telah memaklumkan isterinya bahawa Mazlan adalah ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Adalah dipercayai bahawa penahanan Mazlan adalah disebabkan laporan polis oleh peguam isteri Perdana Menteri mengenai ucapan saudara Mazlan yang melibatkan peranan isteri Perdana Menteri dalam beberapa projek yang dirancang serta dilaksanakan oleh FELDA.

Lumrahnya FELDA merupakan kubu UMNO BN dan sukar ditembusi oleh pembangkang mana-mana pun. Namun sejak penubuhan Pakatan Harapan yang merangkumi penyertaan BERSATU yang dipimpin Tun Dr Mahathir, pimpinan pembangkang bukan sahaja dibenarkan untuk memasuki kawasan FELDA, malah telah berjaya mewujudkan gelombang tsunami FELDA. Kehadiran melebihi ribu-ribuan orang di Felda Gunung Besout di Tanjung Malim pada minggu lepas jelas menunjukkan bahawa warga FELDA telah bangkit menolak rejim UMNO BN.

Adakah rejim UMNO BN yang diketuai oleh Najib Razak begitu gentar dengan sokongan warga FELDA terhadap Pakatan Harapan sehingga menyalahgunakan pihak polis untuk membisukan Pengerusi ANAK yang lantang bersuara demi semua warga FELDA?

Pimpinan Pakatan Harapan Bentong menyatakan solidariti terhadap saudara Mazlan Aliman yang ditahan tanpa sebarang sebab yang munasabah dan menyeru pihak polis untuk berhenti menzalimi pemimpin Pakatan Harapan serta membebaskan saudara Mazlan dengan serta-merta.

Cubaan tutup mulut Mazlan Aliman dikecam

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman ditahan polis sekitar jam 1.30 pagi tadi, dan dibawa ke Kulai untuk disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Source

Lynas, Tutup, Bersih dan KELUAR DARI MAL…


Lynas, Tutup, Bersih dan KELUAR DARI MALAYSIA !
Lynas, Pack Up, Clean Up and GET OUT!
莱纳斯,收拾!清理!滾開!

1.2 million Malaysians has served a Notice of Eviction to Lynas. The notice was served, on our behalf, by our green comrades in Australia , Natalie Lowrey and GREENS Senator Lee Rhiannon, to Lynas Corporation at their HQ in Sydney on 3rd July 2014.




Source

LYNAS, Tutup kilang toksik kamu, bersih…


LYNAS, Tutup kilang toksik kamu, bersihkan sisa toksik radioaktif dan keluar dari Malaysia sekarang !

Rakan2 seperjuangan Hijau kami di Australia, Natalie Lowrey dan Senator Lee Rhiannon, bagi pihak 1.2 juta rakyat Malaysia telah menghantar ‘Notis Pengusiran’ kepada Syarikat Lynas di Ibupejabat mereka di Sydney pagi tadi.

Lynas dan pelabur2 mereka mesti faham bahawa rakyat Malaysia tidak akan berkompromi dalam isu ini.

Our green comrades in Australia , Natalie Lowrey and GREENS Senator Lee Rhiannon, served on behalf of 1.2 million Malaysians our Notice of Eviction to Lynas Corporation at their HQ in Sydney this morning.

Lynas and their investors must come to the realization now that there are no two ways about it. Close your toxic plant now, clean up your toxic radioactive waste and GET OUT from Malaysia !

我们在澳洲的绿色战友Natalie Lowrey连同绿党参议员Lee Rhiannon,在今天早上代表120万马来西亚人向位于悉尼的萊納斯總部發出“Notice Of Eviction“(驱逐通知书)。

莱纳斯和他们的投资者必须意识到现在他们已别无选择,惟有马上关闭工厂,清理废料,迁出马来西亚!




Source

Semboyan ‘622 Tutup Lynas’ akan dibunyik…


Semboyan ‘622 Tutup Lynas’ akan dibunyikan di Pulau Pinang esok.

Jelajah berbasikal Hijau 2800km Taiping – P.Pinang yang dipimpin Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dijangka tiba di Jalan Masjid Negeri, (sebelah Caltex) pd jam 4 petang.

Tolong SEBAR!!!


Source