Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, pejabat kami telah menghantar enam pucuk surat kepad…

Sejak PKP 3.0 dilaksanakan, pejabat kami telah menghantar enam pucuk surat kepada Pejabat Kesihatan Daerah Bentong bagi memohon pengurangan bayaran bagi pihak mereka yang telah dikompaun akibat melanggar perintah kawalan (SOP) yang ditetapkan.

Nasihat saya kepada semua – keadaan semakin memburuk. Jangan langgar SOP!

Pastikan anda mengambil segala langkah yang perlu untuk melindungi diri sendiri dan keluarga.

Hanya anda yang boleh membantu mengurangkan jumlah kes jangkitan Covid19.

#DudukRumah

Hubungi kami sekiranya memerlukan bantuan.

012-9721813 (Reena)
012-9621813 (Ah Ling)
012-2454240 (Juan)
———-
Since the total lockdown was imposed, my office has written six letters to the Pejabat Kesihatan Daerah Bentong appealing for discounts on behalf of people who have been issued summonses for violation of SOPs.

My advice to everyone. The situation is very critical. Do not violate the SOPs.

Play your role. Take all necessary steps to protect yourself and your family.

Only you can help to bring the number down.

#Stayhome

Call us if you need help.
012-9721813 (Reena)
012-9621813 (Ah Ling)
012-2454240 (Juan)



Source

今天6月5日,我悼念二哥逝世一周年。 我痛心不能和你一起活到最后。我惋惜不能和你一起实现儿时的许多梦想。 感激你一直以来对我的呵护,尤其我这些年来的疯狂点子…

今天6月5日,我悼念二哥逝世一周年。

我痛心不能和你一起活到最后。我惋惜不能和你一起实现儿时的许多梦想。

感激你一直以来对我的呵护,尤其我这些年来的疯狂点子和想法,你都一直给予支持和包容。

二哥永远怀念你。。。

Today is the one year anniversary of my brother’s passing.

It truly breaks my heart that we cannot grow old together and you are no longer here with me to fulfill our childhood dreams.

Will always appreciate the unspoken love that you have for me and your tolerance as well as support towards all my wild ideas all this years.

Miss and love you always.



Source

Untuk lebih dua dekad, lazimnya saya akan menganjurkam program menanam pokok ata…

Untuk lebih dua dekad, lazimnya saya akan menganjurkam program menanam pokok atau saya sendiri akan menanam pokok secara peribadi sewaktu Hari Alam Sekitar Sedunia.

Namun pada tahun ini, akibat pandemik Covid-19, aktiviti untuk ‘menyembuhkan’ bumi seperti ini tidak dapat di laksanakan.

Pada saat kritikal seperti sekarang, ketika kita sedang berhadapan cabaran seperti ini, marilah kita semua menyedari bahawa untuk ke arah masyarakat yang sihat, kita perlukan persekitaran yang sihat.
—————
Over the past two decades, I would either organize a tree planting event or plant a few trees myself on every World Environment Day.

But this year, due to the Covid pandemic, we are unable to do anything to heal the Earth.

At this critical time, where we are facing great unprecedented challenges, let us all come to the realization that to have a healthy society, we must have a healthy environment.

#HealTheEarthSaveTheWorld



Source

在过去20年来,每逢“世界环境日”,我都会组织一次植树活动,或者自己种几棵树,来纪念这个有意义的日子。 然而,今年碰上新冠病情,我们无法像往年般举办各种纪念活…

在过去20年来,每逢“世界环境日”,我都会组织一次植树活动,或者自己种几棵树,来纪念这个有意义的日子。

然而,今年碰上新冠病情,我们无法像往年般举办各种纪念活动,从而为弘扬”拯救地球”的理念略尽绵力。

人类在此关键时刻,正面临着前所未有的巨大挑战,让我们大家就此反思,并认识到一个健康社会的实现,前提在于一个健康的环境。

#治愈地球拯救世界
#HealTheEarthSaveTheWorld





Source

Penebangan pokok purba yang berasal dari hutan simpan di Terengganu beberapa har…

Penebangan pokok purba yang berasal dari hutan simpan di Terengganu beberapa hari lalu cukup menyakitkan hati seluruh rakyat Malaysia.

Namun jawapan Pengarah Jabatan Perhutanan Terengganu, Roslan Rani yang tampil dengan mendabik dada, mempertahankan tindakan pembalakan dengan alasan perbuatan berkenaan mengikut prosedur dan mempunyai lesen sah lebih menimbulkan kemarahan ramai.

Lebih mengejutkan, kenyataan berkenaan ditambah dengan alasan mengatakan bahawa kawasan asal balak telah diperuntukkan untuk ‘pembangunan’. Apakah ‘pembangunan’ yang dimaksudkan dan mengapa kita membiarkan hutan simpan ini dibangunkan?

Roslan jelas langsung tidak menunjukkan rasa bersalah atas tindakannya yang tidak bertanggungjawab. Bagaimana kita boleh memberi mandat kepada orang seperti ini untuk memegang jawatan penting dalam melindungi warisan semula jadi negara kita?

Roslan harus sedar bahawa beliau bukan Pengarah ‘Jabatan Pembalakan’. Beliau harus memahami bahawa tugasnya bukan untuk ‘mengeksploitasi, mengekstrak dan memusnahkan’. Tugasnya adalah memastikan hutan kita dikendalikan secara lestari dan warisan semula jadi negara ini dilindungi.

Saya juga bingung dengan respon Exco Pembangunan Manusia, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mengatakan bahawa pembatalan lesen pembalakan akan mengakibatkan berlakunya siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Apa logiknya? Mengapa pula penarikan semula dan pembetulan keputusan yang salah akan disiasat oleh SPRM?

Hakikatnya, SPRM harus mengambil langkah tegas sekarang untuk menyiasat bagaimana lesen itu diluluskan. Apa alasan untuk menebang hutan simpan semula jadi purba seperti itu dibenarkan? Bagaimana Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dilakukan?

Menteri Besar Terengganu mesti menghentikan amalan mementingkan diri dan tamak ini dalam seluruh pentadbirannya. Sebagai pemimpin politik tertinggi negerinya, dia seharusnya lebih berwawasan. Adalah penting untuk beliau memahami bahawa tugasnya bukan hanya menjaga rakyat generasi ini tetapi juga generasi mendatang. Jangan ambil semuanya tanpa meninggalkan apa-apa untuk anak-anak kita.

Gambar dari Facebook Khaidir Ahmad.



Source

民主行动党文冬区国会议员黄德,于2021年5月27日(星期四),在文冬所发表的声明: 几天前所发生的“登嘉楼州森林保护区古树遭砍伐”事件,已经激怒马来西亚全国…

民主行动党文冬区国会议员黄德,于2021年5月27日(星期四),在文冬所发表的声明:

几天前所发生的“登嘉楼州森林保护区古树遭砍伐”事件,已经激怒马来西亚全国各地的民众。

然而更令人感到愤怒的是,登嘉楼州森林局总监罗斯兰(Roslan Rani)还态度傲慢地给出一套陈词滥调的说词,还宣称该采伐活动乃获得许可证,而且审批亦按程序进行。

他进一步作出惊人的揭露,指称这棵遭砍伐巨型树桐的地区,已被圈定为“发展”用途。然而,这到底是什么样的“发展”?为什么我们要允许一个原始森林保护区被“发展”?

显然,罗斯兰对其不负责任行为毫无罪恶感,实在令我不寒而栗。与此同时,我也感到极厌恶:我们怎能委托这样的人,来出任保护国家自然遗产的重要职务!

罗斯兰必须清楚知道,他是隶属“森林局”而不是“伐木局”的主管;其职责也绝非“剥削、榨取和破坏”,而是要致力确保我国森林获得可持续的管理,让国家的自然遗产受到专业的保护。

与此同时,登嘉楼州掌管人文发展、宣教及宣传事务的行政议员莫哈末诺韩沙对此事的回应也让我陷入困惑。此君竟然宣称,倘若取消伐木许可证的话,将致使马来西亚反贪污委员会(MACC)介入调查。到底这是什么逻辑?为何拨乱反正和纠正错误的决定,却会遭到反贪会的调查?

其实,我认为反贪会现在就应该介入,以调查有关许可证是如何获得批准,从而交待当局批准在原始森林保护区砍木的理由是什么?而该项环境影响评估又是怎样进行的?

有鉴于此,登嘉楼州务大臣必须停止这种自私和贪婪的行为。作为该州政府的最高政治领导人,他必须更具远见,从而了解其责任不仅仅是照顾这一代人,同时也必须照顾未来世代。若我们继续贪婪地对大自然索求无度,最终将导致我们的子孙一无所有。

Photo : Facebook Khaidir Ahmad



Source

The chopping down of an ancient tree which came from a forest reserve in Terengg…

The chopping down of an ancient tree which came from a forest reserve in Terengganu a few days ago was enough to enrage Malaysians from across the country.

But what angered the people further was when the Director of the Terengganu Forestry Department, Roslan Rani came forward and proudly gave a cliche explanation that the logging is licenced and the approval process has followed procedures.

He further shockingly revealed said that area from where the giant log came from has been earmarked for ‘development’. What sort of ‘development’ and why are we allowing an old growth forest reserve to be ‘developed’?

Roslan clearly displayed no guilt over his irresponsible action. I shudder and at the same time feel disgusted to think how we could have entrusted such a person to hold an important position in protecting our national natural heritage.

Roslan must realize that he is not the Director of ‘Jabatan Pembalakan’. He must understand that his job is not to ‘exploit, extract and destroy’. His job is to ensure that our forests are sustainably managed and the natural heritage of this nation is protected.

I am also puzzled with the response by the Human Development, Dakwah and Information exco Mohd Nor Hamzah who said that cancellation of the logging licence would result in an investigation by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC). What logic is that? Why would reversing and correcting a wrong decision get investigated by the MACC?

In fact, the MACC should step in now to investigate how the licence got approved in the first place. What are the justifications for cutting down an ancient old growth forest reserve? How was the Environmental Impact Assessment (EIA) carried out?

The Terengganu Menteri Besar must stop this selfish and greedy practice in his administration. As a top political leader of his state, he must be more visionary. It is important that he understands that his duty is not just to look after the people of this generation but the future generations as well. Don’t take it all and leave nothing for our children.

Photo from Khaidir Ahmad Facebook



Source

Lebih kurang dua tahun lalu, saya berkunjung ke sebuah surau di Batu 1¼ selepas …

Lebih kurang dua tahun lalu, saya berkunjung ke sebuah surau di Batu 1¼ selepas menerima aduan berkenaan operasi lombong pasir menyebabkan pencemaran di sungai berhampiran kampung berkenaan.

Ketika saya di sana, saya berpeluang bertemu sekumpulan penduduk tempatan yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian surau mereka secara bergotong-royong dan penuh bersemangat

Tanpa berlengah saya membuat keputusan untuk membantu mereka dengan menyalurkan peruntukan Ahli Parlimen sebanyak RM70 ribu untuk tujuan pengubahsuaian dan pembaikan. Saya turut menghantar sekumpulan sukarelawan untuk menebang beberapa pohon pokok di sekitar kampung yang mungkin membahayakan penduduk.

Saya memuji kerja-kerja pengubahsuaian yang dilakukan secara bergotong-royong oleh mereka. Teguhnya surau berkenaan adalah hasil titik peluh penduduk kampung sendiri.

Sepanjang bekerjasama, hubungan kami bertambah erat. Saya juga senantiasa mengedarkan bakul makanan beberapa kali sejak pandemik bermula.

Kali terakhir saya berkunjung ke sana ketika Ramadan, membawa juadah bubur lambuk untuk diedarkan dan mengucapkan Selamat Hari Raya.

Saya terperasan ada beberapa kerja ubahsuai yang tidak dilunaskan khususnya di bahagian belakang.

Saya lantas berbincang dengan penyumbang dan beliau bersetuju menyumbang jubin seramik untuk menyiapkannya

Jubin seramik berkenaan telah selamat diserahkan beberapa hari lalu.

大约两年前,我到访了文冬劳勿路第1 ¼条石的祈祷室。当时我是接到一项投诉而前往该地视察。有关投诉指当地的一个采砂作业,对流经该村的河流造成污染。

当时我见到了一群村民,他们正群策群力及士气高昂地劳动,为该地一所祈祷室进行翻新。

于是,我决定帮助他们,并从我的国会议员拨款中批准了翻新资金。此外,我们的志工队也到当地,协助村民清除一些对社区构成威胁的树木。

我感到欣慰的是,大家分工合作使到翻新工程进行得非常顺利,这是真正由人民所建造的祈祷室。

自此,我们建立了良好的关系。新冠疫情爆发以来,我也曾几次给村民送去食品篮,希望给他们一点帮助。

我最后一次去拜访他们是在今年的斋月期间,我送了一些杂锦粥,藉此献上佳节的祝福。

另外,我也察觉到后院还需要一些瓷砖来完成装修工作。而这些瓷砖几天前就运抵了。感谢一直以来大力支持我们的赞助朋友。

About two years ago, I went to this surau in Batu 1 1/4 after receiving a complaint that a sand mining operation has caused pollution to the river that passes through this kampung.

While I was there, I had the opportunity to meet a group of locals who were in the midst of renovating their surau. It was a gotong-royong and the spirit was high.

Without hesitation, I decided to assist them and immediately approved a RM70k fund from my MP allocation for the renovation. I also sent in a group of volunteers to help clear away a few trees that were posing danger to the community.

I must say that the renovation works which was carried out through a gotong-royong was really a good job done. It was truly a surau built by the people.

Along the way, we’ve built a good rapport. I’ve also sent in food baskets a couple of times since the pandemic began.

The last time I visited them was during Ramadan, where I delivered some bubur lambuk and to wish them Selamat Hari Raya.

I noticed that there were some unfinished renovation work in the backyard.

I discussed with a sponsor right away and he immediately decided to sponsor some ceramic tiles to finish up the job.

The tiles were delivered a few days ago.





Source

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin.



Source