Turut melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Bukit Piatu dan Dewan Arena Benus di mana mangsa banjir berlindung sejak malam tadi. Kira-kira 300 keluarga dipindahkan ke sini.
Saya dapat melihat betapa kuatnya semangat komuniti di sini. Setiap daripada mereka saling membantu. Saya juga bertemu beberapa kumpulan NGO yang bersiap siaga hadir memberikan bantuan.
Saya turut menyerahkan bantuan segera berupa pelbagai jenis keperluan seperti lampin pakai buang, susu tepung, bekalan makanan dan banyak lagi.