Lebih 500 keluarga telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Surau Kawasan Prindustrian Chegar Medang.
Saya menyerahkan sumbangan pelbagai jenis keperluan seperti lampin pakai buang, susu tepung, bekalan makanan dan banyak lagi.
Melihat kepada kawasan kediaman yang terjejas teruk, saya berharap semua mangsa terbabit tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Terima kasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang tidak henti menghulurkan bantuan.