BENTONG BANJIR 2021
Pejabat saya telah mengatur dua buah bot untuk kegunaan penyelamatan. Namun buat masa ini hanya sebuah bot telah pun memulakan operasi menyelamat. Diharapkan sebuah lagi bot tiba secepat mungkin untuk membantu jabatan berkenaan dalam melakukan tugas.
Bekalan makanan juga sedang diuruskan. Di Bentong, kesukaran mendapatkan penyedia makanan untuk mangsa banjir juga merupakan satu halangan terbesar memandangkan kebanyakan kedai dan peniaga juga terkesan akibat banjir. Saya telah menghubungi sukarelawan dari Kuala Lumpur untuk menghantar bantuan bekalan makanan ke #Bentong.
Urusan penyaluran bantuan agak sukar kali ini kerana sebahagian besar sukarelawan pejabat saya yang selama ini membantu dalam apa jua keadaan turut menjadi mangsa banjir. Ada yang tidak dapat turun ke lokasi kerana terperangkap dan jalan ditutup kepada lalu lintas.
Ini adalah waktu paling sukar bagi seluruh warga Bentong. Bencana banjir kali ini adalah terburuk dalam sejarah daerah ini. Bagaimana pun, pejabat saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu semua yang terkesan.