Saya sangat bersyukur kerana ramai yang …

Saya sangat bersyukur kerana ramai yang menghulur sokongan tatkala waktu yang menduga kita sekarang.

Sukarelawan2 dari kawasan Pelangai turun ke Karak untuk mengambil sumbangan barangan keperluan, semalam. Mereka bekerja dari siang hingga ke malam untuk mengagihkan bungkusan bekalan makanan asas kepada yang memerlukan.

Saya sangat terharu dan menghargai dedikasi serta kerja keras mereka walaupun berdepan dengan risiko dengan menjadi barisan hadapan membantu masyarakat.

Saya juga berterima kasih kepada mereka yang bermurah hati menyumbang kepada program ini.

Bagaimana pun, masih ramai keluarga miskin yang masih belum menerima bantuan.

Saya berharap kita akan dapat membantu mereka dengan sumbangan yang akan diterima selepas ini.

Untuk menyumbang:

PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG
Akaun Public Bank: #3215046499

Sila hubungi 012-9621813 atau 012-9721813 untuk maklumat lanjut
———-

I’m so glad to see people coming together to support their community during this difficult time.

Volunteers from Pelangai went over to Karak to pick up packages of basic food supplies yesterday. They then worked throughout the day til late night to distribute all the packages to the needy.

I really appreciate their dedication, hardwork and even willingness to take risks by being in the frontline during this dangerous times just to help others.

I would also like to thank all the kind-hearted people who have donated to this program.

However, there are still many more poor families in dire need that we have not reached yet.

Hopefully we can reach out to them when more donations come in.

To donate :
PERSATUAN KEBAJIKAN DE AI BENTONG)
PUBLIC BANK #3215046400

Please contact 012-9621813 or 012-972813 for any queries.




Source