Di lokasi jalan putus di Seksyen 3.0 Jalan Bentong – Raub (lama) semasa lawatan …

Di lokasi jalan putus di Seksyen 3.0 Jalan Bentong – Raub (lama) semasa lawatan Menteri Kanan Kerja Raya, YB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof, petang semalam.

Saya telah memaklumkan kepada YB Menteri betapa pentingnya jalan ini kepada penduduk tempatan, terutamanya dalam menjalankan aktiviti pertanian, sebagai contoh baja perlu diangkut masuk dan hasil pertanian perlu diangkut keluar untuk pasaran.

Sebagai langkah penyelesaian jangka pendek, YB Menteri telah memberi komitmen untuk menambah baik jalan sementara yang sedang dibina agar boleh dilalui sekurang-kurangnya lori tiga tan. Ini dapat membantu memudahkan perjalanan aktiviti pertanian serta penghantaran air kepada penduduk yang terputus bekalan air.

Beliau juga memaklumkan bahawa JKR akan bekerjasama dengan semua pihak berkenaan untuk membaik pulih semula semua kemudahan asas secepat mungkin.

Semua kerja pembaikan dijangka akan disiapkan dalam masa 5 bulan.






Source