《BM-华文》
Keadaan banjir di kawasan parlimen Bentong adalah seperti berikut:
DUN Sabai:
Karak Setia – 25 keluarga, 93 mangsa
Kampung Lengkong – 18 keluarga, 2 orang pekerja asing
Sertik – 4 keluarga
DUN Bilut:
PPS Lurah Bilut – 13 keluarga, 50 mangsa
DUN Ketari:
PPS Bukit Piatu – 13 keluarga, 72 mangsa
Penyerahan segera bantuan makanan kepada 42 keluarga yang terjejas di DUN Sabai berjaya dijalankan, semalam.
Untuk kawasan DUN Ketari, pejabat saya juga telah menghubungi YB Rara dan dimaklumkan 40 keluarga dari kawasan berkenaan memerlukan bantuan.
Manakala di FELDA Lurah Bilut, hidangan makanan telah diuruskan oleh pegawai saya secara bergotong royong dengan penduduk setempat pada Isnin, selain bantuan makanan, alatan pembersihan dan keperluan diri diserahkan hasil sumbangan dan bantuan Pejabat Ahli Parlimen Batu serta NGO MYCODE dan United Sikhs. Mereka juga akan meneruskan kerja-kerja pembersihan dan penyerahan bantuan peralatan rumah sehingga Ahad ini.
Rentetan penutupan Loji BekalanAir Lurah Bilut yang menyebabkan gangguan bekalan air sekitar Mempaga, Sertik dan Lurah Bilut, kami sedang menguruskan bekalan air mineral yang dijangka tiba dan diedarkan mulai esok.
Akan lebih banyak bantuan makanan tiba esok yang mana pasukan kami akan mula membuat edaran, bukan sahaja di Bentong malah di kawasan Benta dan Raub.
文冬国会区水灾情况如下:
DUN Sabai:
Karak Setia – 25户家庭, 93位灾民。
Kampung Lengkong – 18户家庭,2位外劳
Sertik – 4户家庭
DUN Bilut:
PPS Lurah Bilut – 13户家庭, 50位灾民
DUN Ketari:
PPS Bukit Piatu – 13户家庭, 72位灾民
昨天成功把食物交给42户在DUN Sabai 受影响的家庭。
在DUN Ketari, 我的办事处联系了YB Rara和被告知有40户家庭需要协助。
至于FELDA Lurah Bilut, 我的官员在星期一和当地居民一起大扫除及准备食物。除了食物,在Batu国会议员办事处,NGO MYCODE和United Sikhs的协助下,我们也将生活用品交给居民们。他们也继续清洁工作直到这星期天。
由于Lurah Bilut的虑水站暂时关闭,很多地方如Mempaga, Sertik dan Lurah Bilut面对制水问题。同一时间,我们也在安排预计明天会抵达的饮用水的派送。
预计还有更多由JC团队赞助的物品会抵达和我们的团队会安排派送。除了派送文冬区,还有Benta和Raub区。