Berita terkini tengahari ini:
Sebanyak 30 buah kenderaan jabatan hutan kelantan telah masuk dan merobohkan blokade simpang petei, pos tohoi gua musang kelantan.
Tindakan mereka ini dianggap menghina mahkamah kerana pada 17 januari yg lalu, mahkamah telah memutuskan bahawa orang asli berhak keatas hutan dan wilayah tanah adat mereka dan blokade yg dibina itu adalah sah sebagai cara mereka mempertahankan hak mereka. Pihak syarikat pembalakan dan jabatan hutan tiada hak utk meroboh dan mengganggu mereka kerana blokade itu dibuat dikawasan mereka (orang asli) sendiri.
Sehingga jam 12.30 tengahari tadi, blokade simpang petei telah hancur dimusnahkan oleh pejabat hutan.